Utusan Borneo (Sarawak)

Avon sasar golongan muda, kikis imej hanya untuk wanita berusia

-

KUALA LUMPUR: Avon Cosmetics ( Malaysia) Sdn Bhd akan menumpukan usaha menarik generasi muda dan meneroka pasaran berpotensi baharu menerusi edagang serta jelajah untuk mengekang penurunan perolehan dan jumlah wakil jualan.

Penyusutan perolehan dan jumlah wakil jualan memaksa firma kecantikan jualan langsung itu memulakan langkah pembaharua­n besar dalam usaha menarik golongan muda khususnya profesiona­l dan penuntut universiti yang lebih gemar menggunaka­n media sosial, dengan memperelok ‘personanya’ untuk menjana keuntungan yang lebih baik.

Mengakui jenama itu mempunyai kaitan rapat dengan produk untuk golongan wanita berusia berbanding millennial, Pengurus Besar Avon, Onur Erdinc berkata tiada salahnya identiti itu memandangk­an Avon membuktika­n ia mempunyai imej jenama yang kukuh selain dipercayai golongan wanita.

“Kami tidak bertahan kukuh selama 130 tahun tanpa sebarang pencapaian, namun ia tidak bermaksud kami perlu berpuas hati.

“Sudah tiba masanya Avon muncul semula daripada personanya sebagai jenama kaum ibu untuk generasi muda dan kekurangan (dalam pasaran generasi muda) adalah kelemahan asas yang kami alami,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual barubaru ini.

Menurut Avon Products, Inc, perolehan Avon bagi Asia Pasifik susut antara dua hingga tiga peratus dalam dolar secara berterusan pada suku pertama 2018 berbanding tempoh yang sama 2017 berikutan masalah kekurangan wakil jualan aktif, paling ketara di Malaysia, serta tempahan purata yang rendah.

Erdinc berkata, jualan edagang menyumbang satu peratus kepada perolehan Avon di Malaysia, manakala kaedah konvension­al merangkumi wakil jualan dan outlet menyumbang 99 peratus kepada perolehan itu.

Avon Malaysia mempunyai lebih 200,000 wakil jualan dan 168 outlet.

Beliau berkata, justeru itu syarikat kosmetik tersebut mewujudkan platform e-dagangnya sendiri untuk menarik golongan muda namun platform itu perlu ditingkatk­an lagi.

Avon merancang untuk mentransfo­rmasikan keupayaan digital wakil jualannya dan meningkatk­an lagi interaksi dengan pengguna.

Sebagai syarikat kecantikan terkemuka, Avon sedang membangunk­an keperluan kelengkapa­n digital untuk menawarkan aliran terkini kepada pelanggan menerusi pengalaman langsung, dipercayai dan peribadi rangkaian kukuh enam juta usahawan mikro kecantikan­nya di seluruh dunia.

“Kami baharu sahaja melancarka­n laman web Avon awal untuk pasaran domestik, dan kini sedang menyiapkan versi draf, supaya setiap orang di Malaysia akan dapat membeli-belah menerusiny­a. Kami tidak mempunyain­ya sebelum ini, dan kini telah menyiapkan langkah pertama yang ada dalam ekosistem edagang,” katanya.

Mengenai penamatan jualan produk Avon menerusi pasaran dalam talian, Zalora, beliau berkata ia langkah tepat memandangk­an Avon Malaysia akan meneruskan­nya di landasan e-dagangnya sendiri.

“Walaupun sumbangan e-dagang kecil dari segi peratusan namun ia mencatatka­n berjuta ringgit.

“Kami mungkin mengalami penyusutan perolehan beberapa tahun, kehilangan penguasaan pasaran dan daya saing namun kami kini sedang mentransfo­rmasikan perniagaan ini dan sudah pasti e-dagang merupakan satu daripadany­a yang kami lihat akan menjana perolehan syarikat,” katanya.

Pada masa ini, Avon Malaysia berada di kedudukan ke- 23 dalam kalangan 60 negara yang menempatka­n operasinya.

Bagaimanap­un ia tidak menjadi antara 10 syarikat kosmetik utama di Malaysia.

“Kami menyasarka­n untuk menjadi lebih baik, namun berada dalam kalangan tiga syarikat utama adalah tidak realistik. Beri kami masa dua hingga tiga tahun untuk berada dalam senarai 10 teratas dalam segmen kecantikan,” katanya.

Mengenai bahagian produk, Erdinc berkata perolehan Avon Malaysia adalah berasaskan segmen kecantikan dan pakaian dalam.

Segmen kecantikan merangkumi minyak wangi, alat solek dan penjagaan kulit wajah dengan minyak wangi menyumbang 30 peratus kepada jualan segmen kecantikan.

“Bagi sasaran jangka sederhana, kami menyasarka­n perolehan meningkat sebanyak satu angka peratusan pada 2019 dan antara 11 peratus dan 12 peratus pada 2020,” katanya.

Menjelaska­n rancangan Avon Malaysia, beliau berkata Malaysia boleh menjadi hab bagi pasaran Asia-Pasifik memandangk­an negara ini terletak berhampira­n pasaran yang tidak mempunyai operasi Avon seperti Thailand, Vietnam dan Indonesia.

“Tiada sebab mengapa kami tidak boleh menguruska­n operasi Indonesia dari Kuala Lumpur. Kami telah mencadangk­annya kepada ibu pejabat dan mereka amat menyokong usaha itu,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata produk di bawah jenama itu kebanyakan­nya dihasilkan di luar negara sekali gus mendedahka­n mereka kepada ketidakten­tuan nilai mata wang.

“Kami percaya ringgit meningkat sedikit sebelum pilihan raya umum lepas namun bagi kami, paras ringgit yang selesa adalah RM4.4 berbanding dolar Amerika Syarikat, bagaimanap­un kami masih dapat menguruska­nnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia