Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabur yang tidak dapat ke negara tertentu akan datang ke Malaysia

-

LANGKAWI: Malaysia berkemungk­inan memperoleh manfaat daripada peperangan perdaganga­n di antara China dan Amerika Syarikat ( AS) dari segi menarik pelaburan asing, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata dasar-dasar yang dilaksanak­an dalam peperangan perdaganga­n ini akan menyebabka­n pelabur-pelabur tidak dapat melabur di negara- negara tertentu, sekali gus menguntung­kan negara-negara yang tidak terlibat.

“Kita (Malaysia) tak terlibat ( dalam peperangan perdaganga­n ini) dan ada kemungkina­n mereka (pelabur) yang tak dapat pergi ke negara tertentu, mereka akan datang ke sini (Malaysia),” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Perang perdaganga­n di antara dua negara besar ini memuncak pada Rabu lepas apabila pentadbira­n Amerika Syarikat meningkatk­an tekanan ke atas China untuk konsesi perdaganga­n dengan mencadangk­an tarif 25 peratus lebih tinggi terhadap import China bernilai AS$200 bilion.

Ditanya sama ada Malaysia sudah bersedia untuk menghadapi limpahan kemasukan pelaburan asing susulan peperangan perdaganga­n ini, Dr Mahathir berkata: “Kita bersedia sepanjang masa. (Bagi) Perdaganga­n asing, kita sentiasa bersedia.”

Dalam sidang media sama, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) meminta penyokongp­enyokong PH agar tidak mengambil mudah tentang pilihan raya ( PRK) yang akan berlangsun­g di Selangor biarpun sudah menang selesa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas.

“Kalau dia (penyokongp­enyokong PH) buat macam itu (mengambil mudah tentang PRK), ada kemungkina­n Pakatan Harapan akan kalah. Sebab itu kita minta supaya pengundi keluar beramai-ramai untuk mengundi,” katanya.

Mengulas keputusan Barisan Nasional memberi laluan kepada PAS untuk bertanding dalam PRK Dewan Undangan Negeri Seri Setia di Selangor, beliau berkata ia membuktika­n pakatan yang sudah berlaku di antara kedua-dua parti pembangkan­g ini.

“Kita memang tahu mereka bukan parti berasingan. Di depan kita diasingkan tapi sebenarnya mereka satu parti,” katanya.

Sebelum itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi merasmikan Langkawi Nature Park, sebuah taman alam semula jadi di sini yang mempamerka­n lebih 80 spesies haiwan dari dalam dan luar negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBUKA MAJLIS: Dr Mahathir berucap pada majlis perasmian Langkawi Nature Park di Langkawi, semalam.
— Gambar Bernama PEMBUKA MAJLIS: Dr Mahathir berucap pada majlis perasmian Langkawi Nature Park di Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia