Utusan Borneo (Sarawak)

My Home Essential anjur promosi ulang tahun ke-12

-

MIRI: Bersempena dengan sambutan ulang tahunnya ke- 12, My Home Essential Sdn Bhd, premis yang mengkhusus dalam produk dapur dan bilik mandi, kini sedang mengadakan promosi khas bermula 1 hingga 12 Ogos 2018.

Sepanjang tempoh ini, para pelanggan boleh membeli barang-barang terpilih termasukla­h produk- produk dapur, aksesori bilik mandi dan penapis air pada harga lebih rendah daripada biasa.

Ini termasuk penyedut asap aliran tinggi jenama IKA hanya dijual pada hanya RM1,200, termasuk hadiah percuma seperti hos dan penutup hos dan juga termasuk pemasangan percuma.

Sebagai jaminan kualiti, syarikat ini menawarkan jaminan 10 tahun pada motor penyedut asap dan lima tahun jaminan pada bahagian-bahagian lain. Para pelanggan juga akan mendapat diskaun tambahan RM120 sekiranya membeli penapis air luar rumah jenama Kawa.

Selain barangan dapur, My Home Essential juga mem- pamerkan pelbagai produk bilik mandi dan aksesori seperti kepala pancuran, cermin bilik mandi, mangkuk tandas, rak kaca bilik mandi, rak tuala keluli tahan karat, penyidai pakaian dan lain-lain lagi yang dijual pada hanya dari RM120.

Untuk para pelanggan yang hanya mahu membeli penapis luar rumah, mereka boleh mendapatka­nnya pada harga RM499.

Sila kunjungi premis My Home Essential yang terletak di Lot 10172, Pujut 7, Bandar Baru Permy Jaya, sini atau hubungi 016-8505252. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi hingga 6.30 malam.

 ??  ?? HANYA DI SINI: Essential. Produk dapur berkualiti dari IKA di My Home
HANYA DI SINI: Essential. Produk dapur berkualiti dari IKA di My Home
 ??  ?? PROMOSI HEBAT: Pelbagai produk dan aksesori dapur dan bilik mandi ditawarkan pada harga promosi.
PROMOSI HEBAT: Pelbagai produk dan aksesori dapur dan bilik mandi ditawarkan pada harga promosi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia