Utusan Borneo (Sarawak)

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DIREMPUH LORI

-

KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah lori ketika hendak keluar simpang di simpang tiga Jalan Kampung Ruan, Simunjan pagi semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu, kemalangan itu berlaku sekitar jam 9 pagi di simpang tiga Jalan Kampung Ruan, Simunjan membabitka­n kenderaan jenis motosikal dan lori.

Katanya mangsa, Ruka Gena berusia 50 tahun dari Kampung Ruan Jaya, Simunjan disahkan mati dalam perjalanan ke klinik oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Munggu Lalang.

Beliau menjelaska­n, semasa kejadian mangsa menunggang motosikal bersama anak perempuann­ya yang berusia 13 tahun dan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dalam perjalanan dari rumah di Kampung Ruan Jaya.

“Apabila tiba di simpang tiga jalan, semasa mangsa hendak keluar simpang dan masuk ke jalan utama telah berlaku perlanggar­an dengan lori yang sedang bergerak di laluan utama itu.

“Pemandu lori berkenaan cuba memberhent­ikan kenderaann­ya dan mengelak daripada melanggar mangsa dengan bergerak ke arah sebelah tepi kanan jalan namun tindakanny­a gagal lalu bertembung di tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ekoran pertembung­an itu, mangsa maut ketika dalam perjalanan ke klinik manakala dua kanak-kanak terbabit hanya mengalami cedera ringan.

Sementara itu, Alexson berkata pemandu lori berusia 25 tahun berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk tindakan selanjutny­a,” ujarnya.

 ??  ?? MAUT: Mangsa terbaring di sebelah motosikaln­ya yang remuk selepas bertembung dengan lori.
MAUT: Mangsa terbaring di sebelah motosikaln­ya yang remuk selepas bertembung dengan lori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia