Utusan Borneo (Sarawak)

SEBELAS DITAHAN KERANA BERGADUH

-

KUCHING: Polis menahan 11 individu termasuk lapan pelajar sekolah menengah selepas terlibat dalam pergaduhan berpunca daripada perselisih­an faham di sebuah pusat beli-belah di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 13 hingga 31 tahun.

Selain itu, polis turut merampas sebilah pisau daripada salah seorang suspek.

Menurut Ng, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar jam 4.15 petang kelmarin.

“Pergaduhan melibatkan lapan remaja perempuan berusia antara 13 hingga 15 tahun dipercayai berpunca daripada perselisih­an faham.

“Malah, polis turut menahan tiga lelaki berusia antara 17 hingga 31 tahun juga dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu,” katanya.

Kesemua suspek katanya ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana telah merusuh dan bergaduh di tempat awam melibatkan dua kumpulan.

Tambahnya, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 506 kanun sama kerana telah melakukan kesalahan ugutan jenayah terhadap pengawal keselamata­n bertugas.

Ng menggesa orang ramai yang melihat kejadian tersebut supaya bekerjasam­a menyalurka­n maklumat dengan segera bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia