Utusan Borneo (Sarawak)

Kegiatan pengedaran dadah tumpas, penganggur ditahan

Ganja seberat 901 gram bernilai RM18,000 ditemui di sebuah rumah di Kampung Tupong Batu, Jumaat lalu

-

KUCHING: Hasil penahanan seorang penganggur berjaya membawa kepada penemuan dadah jenis ganja seberat 901 gram yang dianggarka­n bernilai RM18,000 di sebuah rumah di Kampung Tupong Batu di sini Jumaat lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif dalam satu kenyataan di sini semalam, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya ( ADB) 1952 dan Seksyen 15( 1)( a) ADB 1952.

Jelasnya, suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan pada 3 Ogos lalu di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce hasil maklumat dan risikan yang dijalankan.

Beliau memberitah­u, setelah soal siasat dilakukan, suspek mengaku ada menyimpan dadah jenis ganja di rumahnya.

“Pada hari yang sama jam lebih kurang 6.30 petang suspek telah membawa pasukan serbuan ke sebuah rumah di Kampung Tupong Batu, Petra Jaya.

“Apabila tiba di rumah tersebut, suspek dengan sendirinya telah mengambil satu ketulan mampat dedaun kering bersalut plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja yang diambil dari bawah tilam dalam bilik dengan berat kasar 105 gram dan satu ketulan mampat dedaun kering bersalut plastik hitam dan plastik lutsinar juga disyaki dadah jenis ganja diambil dari atas siling tingkat bawah berhampira­n dapur dengan berat kasar 770 gram,” dedahnya.

Malah, Sahar berkata suspek juga mengambil satu beg silang warna hitam jenama Levi’s dari lantai bi- lik tidurnya dan di dalamnya mengandung­i lapan peket dedaun kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat kasar 26 gram.

Katanya, nilai rampasan itu dianggarka­n berjumlah RM18,020.

Pada masa sama beliau berkata suspek dipercayai menjalanka­n aktiviti pengedaran bermula pada pertengaha­n 2017.

“Suspek juga menjalani ujian saringan awal air kencing dan didapati positif dadah jenis THC,” ujarnya.

Pada hari yang sama jam lebih kurang 6.30 petang suspek telah membawa pasukan serbuan ke sebuah rumah di Kampung Tupong Batu, Petra Jaya. Superinten­den Sahar Abdul Latif Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak

 ??  ?? TUMPAS: Antara ketulan ganja yang dirampas.
TUMPAS: Antara ketulan ganja yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia