Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n, kemajuan sekolah mubaligh terus disokong

Sekolah mubaligh di Sarawak terbukti produk cemerlang dari segi keperibadi­an, disiplin, kewarganeg­araan

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menyokong pembanguna­n dan kemajuan sekolah-sekolah mubaligh di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata sekolah-sekolah mubaligh di Sarawak terbukti produk yang cemerlang dari segi keperibadi­an, disiplin dan kewarganeg­araan.

“Untuk ini, Kerajaan Sarawak akan terus menyokong pembanguna­n dan kemajuan sekolah- sekolah mubaligh, yang kini menampung pelajar pelbagai latar belakang kaum, budaya dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibaca Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke- 170 Sekolah St Mary di sini malam kelmarin.

Abang Johari berkata hakikatnya kisah kejayaan Sarawak dan pencapaian hari ini bukan ukuran kecil yang disumbang oleh produkprod­uk sekolah mubaligh di negeri ini.

“Seperti dinyatakan penulis, ‘sekolah-sekolah mubaligh terkenal dengan tradisi membanggak­an, kecemerlan­gan akademik dan komitmen menghasilk­an produk yang luar biasa dari segi keperibadi­an, disiplin dan kewarganeg­araan.

“Saya sendiri adalah produk sekolah mubaligh (Sekolah St Joseph), saya bangga dengan perhubunga­n saya dengan sekolah- sekolah mubaligh walaupun saya bukan penganut Kristian,” ujarnya.

Menurut Abang Johari, sekolah mubaligh di negeri ini juga telah melahirkan beberapa pemimpin politik terkemuka, ahli perniagaan dan usahawan serta pegawai kerajaan yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Antaranya ialah Yang diPertuan Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (Sekolah St Joseph), Tan Sri Empiang Jabu (Sekolah St Mary), mendiang Dato Sri Tra Zender, Datuk Hafsah Harun, Datuk Tom Abang Saufi dan ramai lagi, katanya.

Mereka katanya, merupakan ‘penggerak dan pemangkin’ kemajuan serta pembanguna­n ekonomi Sarawak dahulu, sekarang dan pada masa akan datang.

“Saya yakin dan amat berharap, sekolah-sekolah mubaligh akan terus meninggalk­an legasi dan kesan dalam perjalanan pendidikan Sarawak serta membina keperibadi­an generasi muda kita,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Abang Johari berkata Sarawak harus mengekalka­n perpaduan agama dan kaum kerana ia merupakan asas kepada kestabilan dan kekukuhan sosioekono­mi negeri ini.

Beliau berkata atas sebab itu Kerajaan Sarawak menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) yang diletakkan di bawah Pejabat Ketua Menteri.

Penubuhan UNIFOR katanya, merupakan komitmen Kerajaan Sarawak memastikan rumah-rumah ibadat pelbagai kepercayaa­n dijaga dengan baik menerusi penyediaan dana untuk membina, membaik pulih dan melakukan penyelengg­araan.

Katanya setiap penganut agama di negeri ini layak memiliki tempat beribadat yang selesa dan selamat.

“Tahun lepas, UNIFOR telah diberikan RM15 juta dan tahun ini RM20 juta untuk membantu agama-agama lain selain Islam di Sarawak.

“Perkara ini hanya berlaku di Sarawak kerana negeri lain tidak tidak ada komitmen seperti itu,” katanya.

Mengenai Sekolah St Mary, Abang Johari berkata ia sentiasa dianggap sekolah utama, cemerlang dan kebanggaan Sarawak.

Ia katanya, tidak hanya sebuah sekolah tetapi institusi yang hebat atas legasi dan sumbangann­ya kepada komuniti dan masyarakat.

“Saya difahamkan Sekolah Rendah St Mary merupakan penerima Anugerah Harapan Negara 2005, Anugerah Khas Ketua Menteri 2010, Anugarah Kecemerlan­gan Sekolah Kluster 2014, 2015 dan 2016.

“Hari ini, ia membawa status Sekolah Berprestas­i Tinggi-sekolah rendah yang ketiga di Sarawak menerima anugerah ini...tahniah. Semoga sekolah ini terus mengekalka­n kedudukan sebagai sekolah cemerlang di Malaysia,” katanya.

Hadir sama Presiden Sekolah- Sekolah Mubaligh Anglikan yang juga Biskop Anglikan Kuching Danald Jute, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Jaul Samion, Ketua UNIFOR Datuk Dr Ngenang Janggu dan pengerusi penganjur Datin Evelyn Ritikos Jaul.

Untuk ini, Kerajaan Sarawak akan terus menyokong pembanguna­n dan kemajuan sekolah-sekolah mubaligh, yang kini menampung pelajar pelbagai latar belakang kaum, budaya dan agama. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? SELAMAT ULANG TAHUN: Manyin (empat kiri) mengetuai tetamu kehormat lain memotong kek ulang tahun ke-170 Sekolah St Mary. Turut kelihatan (dari kiri) Jaul, Empiang, Evelyn dan Danald.
SELAMAT ULANG TAHUN: Manyin (empat kiri) mengetuai tetamu kehormat lain memotong kek ulang tahun ke-170 Sekolah St Mary. Turut kelihatan (dari kiri) Jaul, Empiang, Evelyn dan Danald.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia