Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga peserta wakili Sarawak ke Pertanding­an Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan

-

KUCHING: Tiga peserta terbaik iaitu Puteri Nurnasuha Yahya, Syayid Afi Jamin dan Nor Mohamed Muzaid akan mewakili Zon Sarawak ke Pertanding­an Bintang Kecil Peringkat Kebangsaan pada 1 Disember tahun ini.

Mereka dipilih setelah berjaya memenangi Pertanding­an Bintang Kecil Peringkat Zon Sarawak 2018 yang berlangsun­g di Auditorium P.Ramlee, RTM Kuching di sini, malam kelmarin.

Ketiga- tiga peserta itu masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tu- nai sebanyak RM2,000, piala dan sijil penyertaan.

Manakala tiga peserta lain mendapat hadiah sagu hati berupa wang tunai RM1,000, piala dan sijil penyertaan setiap seorang.

Pada pertanding­an tersebut, Puteri mempertaru­hkan dua lagu iaitu ‘Camar Yang Pulang’ dan ‘The Sun Will Rise’ manakala Syayid Afi mempersemb­ahkan lagu ‘Gemuruh’ dan ‘Never Enough’ dan Nor Mohamed dengan lagu ‘Hidup Dalam Mati’ dan ‘Walking On Sunshine’.

Penyampaia­n hadiah disempurna­kan Menteri Keba- jikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah sambil diiringi Timbalan Pengarah Penyiaran RTM Sarawak Faridah Sulong.

Selain persembaha­n finalis, orang ramai yang menyaksika­n pertanding­an itu turut berpeluang menonton persembaha­n daripada dua artis jemputan iaitu Camaiellya Edward, pemenang tempat ketiga kemuncak Bintang Kecil 2017 dan Asad Motawh, penyanyi dan penulis lagu di Malaysia.

Turut memeriahka­n pertanding­an selama satu jam setengah itu adalah pengacara yang berasal dari Sarawak iaitu Anding Indrawani Zaini atau lebih dikenali sebagai Anding.

Terdahulu, seramai enam finalis dari setiap zon negeri ini berentap pada pertanding­an tersebut dengan penganjura­nnya disokong oleh Kerajaan Sarawak.

Pertanding­an itu disiarkan secara langsung menerusi stesen radio SARAWAKfm dan secara online di www. rtmsarawak. gov. my/ SARAWAKfm selain secara langsung di auditorium.

 ??  ?? WAKIL SARAWAK: Fatimah merakam kenangan bersama Syayid Afi (kiri) Nor Mohamed (dua kiri) dan Puteri (tengah) serta finalis lain yang menyertai Pertanding­an Bintang Kecil Peringkat Zon Sarawak 2018 di Kuching, malam kelmarin.
WAKIL SARAWAK: Fatimah merakam kenangan bersama Syayid Afi (kiri) Nor Mohamed (dua kiri) dan Puteri (tengah) serta finalis lain yang menyertai Pertanding­an Bintang Kecil Peringkat Zon Sarawak 2018 di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia