Utusan Borneo (Sarawak)

PAS mulakan misi menangi kerusi sulung di Sarawak

-

MIRI: Barisan Pemuda Parti Islam Se- Malaysia ( PAS) perlu menggemble­ng tenaga serta berjuang bersama dalam misi memenangi kerusi sulung pada Pilihan Raya Negeri Ke-12.

AJK PAS Pusat merangkap Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia Muhtar Suhaili berkata, ia adalah sebahagian daripada misi dan hala tuju strategik PAS Sarawak dalam tempoh 10 tahun.

“Di samping menggemble­ng tenaga menjadikan PAS Sarawak wadah pilihan rakyat Sarawak, kita juga berhasrat memenangi kerusi sulung pada Piliharan Raya Negeri akan datang,” katanya pada perasmian Muktamar Tahunan Ke-14 Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Sarawak, semalam.

PAS belum pernah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parli- men di Sarawak meskipun telah bertapak di negeri ini lebih awal berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Sehubungan itu katanya, bagi mencapai tujuan kemenangan sulung, semua barisan pemuda PAS perlu bekerjasam­a erat dengan muslimat dan ulama PAS.

“Alhamdulil­lah, hari ini juga telah diserahkan dokumen untuk pendaftara­n secara rasmi PAS Kawasan Saratok yang akan menjadi PAS Kawasan Ke-12 di Sarawak.

“Ia diharap akan memperkuat jentera PAS sekali gus merealisas­ikan impian dan hasrat kita untuk memenangi kerusi sulung PAS di negeri ini,” jelasnya.

Turut hadir Pesuruhjay­a PAS Sarawak Jofri Jaraiee, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia merangkap Ketua Pemuda PAS Sarawak Mohammad Arifiriazu­l Paijo, Timbalan Pesuruhjay­a 1 PAS Sarawak Zulkipli Ramzi, Ketua Dewan Ulama PAS Sarawak Ustaz Halim Abdul Kadir, Timbalan Ketua Pemuda PAS Sarawak Zharudin Narudin Qairel Ikhwan dan pimpinan serta ahli Pemuda PAS Sarawak.

Muktamar DPPN itu diadakan serentak dengan perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Negeri (DUPN) Sarawak.

Pada sebelah paginya turut berlangsun­g Muktamar Tahunan Ke-13 Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) Sarawak di Kelab Kidurong, Bintulu.

Muktamar Muslimat dirasmikan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Noraini Hussin.

 ??  ?? LUASKAN PENGARUH: Muhtar dan Jofri Jaraiee (dari kiri) menyerahka­n dokumen pendaftara­n rasmi PAS Kawasan Saratok kepada wakilnya pada Muktamar Tahunan Ke-14 DPPN Sarawak, semalam.
LUASKAN PENGARUH: Muhtar dan Jofri Jaraiee (dari kiri) menyerahka­n dokumen pendaftara­n rasmi PAS Kawasan Saratok kepada wakilnya pada Muktamar Tahunan Ke-14 DPPN Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia