Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat penjagaan warga emas swasta ‘Home of Peace’ dirasmi

-

KUCHING: Perasmian dan pemberkata­n dua sayap baharu bagi pusat penjagaan warga emas swasta ‘Home of Peace’ di Jalan Landeh dekat sini telah disempurna­kan oleh Uskup Agung Simon Poh daripada Keuskupan Agung Roman Katolik Kuching semalam.

Upacara itu mengiringi sembahyang Misa yang dirayakan Uskup Agung dan beberapa paderi Fransiskan dan keuskupan.

Menurut Uskup Agung Simon dalam homilinya, sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan daripada orang ramai telah banyak membantu usaha mengurus pusat itu saban hari.

Bangunan tambahan itu merupakan sebahagian daripada pembanguna­n fasa kedua bagi pusat ‘Home of Peace’ dengan pembinaann­ya bermula pada Januari 2017 dan siap pada Mei 2018.

Perasmian bangunan dan Misa disusuli majlis makan ringan yang dihadiri sekitar 300 penganut.

Kemudahan baharu menempatka­n lima unit bilik tidur dengan dua katil, sembilan unit bilik tidur dengan empat katil, dan seunit atau sebuah bilik untuk fisioterap­i, sebuah chapel dan sebuah bilik urus mayat.

Sebuah bilik turut disediakan untuk ‘chaplain’ (paderi) dan seunit infirmari ( bilik sakit) untuk paderi yang memerlukan penjagaan sepenuh masa.

Pentadbir pusat, Luke Laiti, mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua penderma kerana menjadikan projek itu satu kenyataan.

Pusat ‘ Home of Peace’ merupakan sebuah institusi kebajikan yang dimiliki sepenuhnya ‘ Catholic Welfare Services’ (Khidmat Kebajikan Katolik) di bawah naungan Gereja Roman Katolik Kuching.

Pusat yang terletak di Jalan Landeh itu menjaga warga emas yang papa dan melarat berusia 60 tahun dan ke atas, tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Ia turut menyediaka­n penjagaan asas untuk penghuniny­a yang uzur.

Bagi orang ramai yang mahu memberi sumbangan dalam apa jua bentuk kepada pusat ‘ Home of Peace’, mereka boleh menghubung­i pentadbirn­ya Luke Laiti di talian 082-381262.

 ??  ?? MOHON KEBERKATAN: Simon memimpin upacara pemberkata­n bangunan baharu ‘Home of Peace’ di Jalan Landeh, semalam.
MOHON KEBERKATAN: Simon memimpin upacara pemberkata­n bangunan baharu ‘Home of Peace’ di Jalan Landeh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia