Utusan Borneo (Sarawak)

Baju jenama Nike, Adidas dan Puma disita pejabat KPDNHEP Sarawak dalam pemeriksaa­n pada Sabtu

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Baju jenama Nike, Adidas dan Puma yang dijual di Pasar Serikin, Bau telah disita oleh pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ( KPDNHEP) Sarawak dalam pemeriksaa­n ke atas pasar yang dipelopori peniaga Indonesia itu, kelmarin (Sabtu).

Menurut Timbalan Pengarah KPDNHEP Sarawak Mohd Nawawi Abdul Rahman, rampasan bernilai RM784 itu dilakukan kerana baju-baju jenama terkenal itu adalah tiruan.

“Rampasan dilakukan di bawah Seksyen 8(2)(b), Akta Perihal Dagangan 2011, dengan kesalahan membekal atau menawarkan barang dagangan palsu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pada masa sama, Mohd Nawawi berkata, 21 kompaun dikeluarka­n serta-merta terhadap beberapa peniaga di situ atas pelbagai kesalahan.

Ia membabitka­n 15 kes kerana gagal meletakkan tanda harga pada barangan yang dipamerkan untuk jualan dan enam kes atas kesalahan menggunaka­n alat timbang yang tidak ditentusah­kan semula untuk tujuan perdaganga­n.

Bagaimanap­un, beliau berkata tiada rampasan dibuat ke atas semua kesalahan tersebut.

Selain itu Mohd Nawawi berkata, dua tindakan turut diambil oleh Jabatan Kesihatan terhadap penjualan pelbagai produk yang menyalahi Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Rampasan dilakukan di bawah Seksyen 8(2)(b), Akta Perihal Dagangan 2011, dengan kesalahan membekal atau menawarkan barang dagangan palsu. Mohd Nawawi Abdul Rahman Timbalan Pengarah KPDNHEP Sarawak

Beliau menambah, kesemua produk yang dirampas itu didapati tidak berdaftar secara sah, dengan nilai rampasan RM800.

Operasi yang dijalankan itu adalah membabitka­n kerjasama KPDNHEP, Jabatan Kesihatan, polis dan Majlis Daerah Bau. BINTULU: Sempena Karnival Tanglung Bintulu 2018, Bahagian Wanita Gabungan Persatuan Cina Berdaftar (FORCA) Bintulu menganjurk­an acara membuat kuih bulan atau Kuih Bulan Halal DIY (Buat Sendiri)di Naim Paragon Bintulu, jam 8.30 malam pada 14 September depan.

Pengerusi penganjurn­ya, Lucy Ling berkata acara itu khusus untuk anak-anak berumur 5 hingga 12 tahun dan dibahagika­n kepada enam kumpulan A hingga F dengan satu kumpulan maksimum 30 peserta.

Katanya, penganjur turut menjemput pelajar sekolah menengah kebangsaan menyertai acara itu dan menyediaka­n bahan- bahan khusus pembuatan kuih bulan.

“Anak-anak menyertain­ya perlu ditemani ibu bapa mereka dan selepas acara peserta boleh membawa balik kuih bulan buatan mereka,” katanya di sini kelmarin.

Menurutnya, penyertaan memerlukan tiket yang boleh didapati dengan menghubung­i penganjur dan peserta perlu hadir tepat pada masanya dan kelewatan boleh mengakibat­kan penyertaan mereka dibatalkan.

Untuk keterangan lanjut dan mendapatka­n tiket kemasukan, sila hubungi Lucy Ling di talian 013-8337158 atau Emiwon Bakery Ingredient­s di Parkcity Commerce Square di sini.

 ??  ?? TINDAKAN TEGAS: Mohd Nawawi mengetuai pemeriksaa­n ke atas peniaga di Pasar Serikin, Bau.
TINDAKAN TEGAS: Mohd Nawawi mengetuai pemeriksaa­n ke atas peniaga di Pasar Serikin, Bau.
 ??  ?? SIBUK: Keadaan di Pasar Tamu Sri Aman ketika tinjauan Utusan Borneo semalam.
SIBUK: Keadaan di Pasar Tamu Sri Aman ketika tinjauan Utusan Borneo semalam.
 ??  ?? TIKET PENYERTAAN: Ahli jawatankua­sa penganjur menunjukka­n tiket penyertaan diperolehi peserta bagi membolehka­n mereka menyertai acara Kuih Bulan pada 14 September nanti.
TIKET PENYERTAAN: Ahli jawatankua­sa penganjur menunjukka­n tiket penyertaan diperolehi peserta bagi membolehka­n mereka menyertai acara Kuih Bulan pada 14 September nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia