Utusan Borneo (Sarawak)

Penghuni Rumah Edward Ekau terus mengharapk­an bekalan air bersih

-

MIRI: Penghuni rumah panjang di Sungai Serungut, Suai di Niah, kira-kira 75 kilometer dari sini, masih menunggu dan berharap untuk menikmati bekalan air bersih seperti yang dinikmati rumah panjang dan kampung lain di sekeliling mereka.

Rumah Edward Ekau yang mempunyai kirakira 80 penghuni, masih belum mempunyai bekalan air bersih hingga ke hari ini, sebaliknya masih bergantung kepada sungai berdekatan untuk mendapatka­n sumber air bagi keperluan membasuh dan mandi.

Manakala air hujan yang ditadah dalam tangki adalah untuk keperluan harian mereka.

Salah seorang penduduk rumah panjang tersebut Sylvester Radin berkata, keadaan lebih sukar apabila sungai yang menjadi sumber bekalan air mereka berlumpur atau keruh pada musim hujan, terutama selepas hujan.

“Namun keadaan lebih buruk semasa musim kemarau apabila penduduk rumah panjang terpaksa mencari sumber air lain setelah air dalam tangki kehabisan dan sungai semakin cetek,” katanya.

Menurut Radin, penduduk kampung juga sudah merujuk perkara tersebut kepada pihak berwajib dan wakil rakyat kawasan berkenaan beberapa kali tetapi sehingga kini tiada jalan penyelesai­an.

“Ia pastinya sesuatu yang sukar diterima penduduk dan amat menyedi- hkan kerana rumah panjang ini hakikatnya hanya di pinggir bandar, bukan di luar bandar, namun masih tidak mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Pemikir Dayak ( DTTG) Cawangan Miri Elias Lipi Mat yang turut membuat tinjauan ke rumah panjang tersebut mengakui pihaknya amat bersedih melihat kesulitan yang dialami penduduk setiap hari.

“Mereka ketinggala­n dari segi pembanguna­n sedan- gkan bekalan air bersih merupakan faktor penting dalam pembanguna­n sesebuah kawasan.

“Kita berharap pihak berkuasa berkaitan dapat membantu menyegerak­an kemudahan air bersih untuk penduduk terbabit agar mereka dapat menikmati kemudahan asas seperti penghuni lain penduduk di bandar,” ujar Elias.

“Kita sedih melihat rutin kehidupan seharian mereka kerana masalah sedemikian tidak sepatutnya berlaku pada zaman sekarang, lebih- lebih lagi penduduk lain sudah memiliki kemudahan itu namun ‘hak’ penduduk di Serunggut pula seolah-olah dinafikan.

“Ia pasti membuatkan mereka berasa terkilan,” tambah beliau.

Sehubungan itu katanya, DTTG merayu pihak berwajib dan wakil rakyat kawasan tersebut agar tampil membantu dan memberi perhatian terhadap permasalah­an yang dihadapi bagi meringanka­n beban penduduk rumah panjang berkenaan.

 ??  ?? SEADANYA: Tangki tempat penduduk kampung menadah air hujan untuk keperluan harian mereka.
SEADANYA: Tangki tempat penduduk kampung menadah air hujan untuk keperluan harian mereka.
 ??  ?? ELIAS
ELIAS
 ??  ?? SYLVESTER
SYLVESTER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia