Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai selesa berbelanja di pasar tamu baharu Sri Aman

-

SRI AMAN: Pasar Tamu Sri Aman yang baharu telah beroperasi sepenuhnya sejak tiga minggu lalu di hadapan Dewan Suarah Sri Aman dan Hotel Seri Simanggang di sini.

Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati pasar tamu baharu itu menempatka­n 150 lot gerai menjual makanan basah seperti ikan, daging, ayam dan lain-lain manakala 150 lot lagi dikhaskan untuk menjual makanan kering seperti ikan salai, buah-buahan serta kuih dan makanan tempatan lain.

Justeru tapak pasar tamu se- belum ini di Jalan Main Bazaar akan digunakan untuk memberi laluan kepada pembanguna­n seterusnya di Sri Aman.

Beberapa pengunjung yang ditemui mengakui amat selesa berbelanja di Pasar Tamu Sri Aman yang baharu ini kerana mempunyai ruang yang cukup luas terutama laluan pejalan kaki.

“Jika dibandingk­an dengan Pasar Tamu yang lama, keadaan di sana cukup sempit malah ruang pejalan kaki juga tidak selesa, tetapi di tapak baharu ini, kami sebagai pengunjung cukup selesa dan bebas untuk bergerak dengan ruang pejalan kaki yang cukup luas,” ujar salah seorang pengunjung terbabit.

Begitu juga katanya, tempat memarkir kereta juga cukup luas dan memberi keselesaan kepada semua pengunjung.

“Ruang meletak kenderaan di kawasan ini cukup banyak jika dibandingk­an dengan tapak lama yang kurang tempat meletak kenderaan,” katanya.

Di pasar tamu baharu ini, pengunjung mudah mendapatka­n produk tempatan seperti sayur dan sebagainya dengan harga berpatutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia