Utusan Borneo (Sarawak)

Didenda RM2,500 jalan pemprosesa­n makanan haiwan tanpa kebenaran

-

BATU PAHAT: Seorang pengusaha ladang ternakan khinzir semalam didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas pertuduhan menjalanka­n kegiatan memproses makanan haiwan tanpa sijil yang sah daripada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar pada Mac tahun ini.

Majistret Mohd Syafiq Mustaza turut memerintah­kan tertuduh Ng Boon San, 59, menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Tertuduh yang telah menjalanka­n kegiatan itu selama 30 tahun membayar denda terbabit.

Menurut fakta kes, kegiatan tertuduh terbongkar apabila tiga pegawai Jabatan Veterinar Johor menemukan mesin memproses makanan haiwan ketika membuat pemeriksaa­n di ladang tertuduh di Jalan Tanjung Labuh di sini, kira-kira jam 10.30 pagi, 12 Mac lepas.

Hasil pemeriksaa­n mendapati tertuduh tidak mempunyai Sijil Pendaftara­n Pembuatan dan Penjualan Makanan Haiwan atau Bahan Tambahan Makanan yang melayakkan­nya menjalanka­n aktiviti terbabit.

Dia didakwa mengikut Peraturan 3(1) PeraturanP­eraturan Makanan Haiwan (Pembuatan dan Penjualan Makanan Haiwan atau Bahan Tambahan Makanan Haiwan) 2012 yang mem- bawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, di dalam rayuannya, Ng yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan memandangk­an ini kesalahan pertama selain telah memohon sijil diperlukan pada 7 Mei lalu selepas ladangnya diperiksa.

Bagaimanap­un, Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Johor, Mohd Faiz Ajis meminta mahkamah memgenakan hukuman berat kerana kes tersebut tidak boleh dipandang ringan kerana makanan haiwan perlu dipastikan memenuhi keperluan nutrien haiwan.

“Ia harus dipastikan agar tidak memudaratk­an haiwan dan tidak tercemar supaya haiwan dan keluaran haiwan selamat untuk dimakan oleh manusia dan selamat untuk kegunaan lain serta perkara-perkara lain yang bersamping­an dengannya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDENDA: Ng (kiri) didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjalanka­n kegiatan memproses makanan haiwan tanpa kebenaran oleh Jabatan Perkhidmat­an Veterina Johor.
— Gambar Bernama DIDENDA: Ng (kiri) didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjalanka­n kegiatan memproses makanan haiwan tanpa kebenaran oleh Jabatan Perkhidmat­an Veterina Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia