Utusan Borneo (Sarawak)

Malaria: Majikan diingat pastikan pekerja asing disaring

Kerajaan mahu capai sasaran sifar malaria menjelang 2020

-

PADANG BESAR: Majikan terutamany­a syarikat perladanga­n diingatkan supaya memastikan setiap pekerja asing mereka melalui prosedur saringan malaria semasa masuk ke negara ini bagi memastikan penyakit itu tidak terus menular di negara ini, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata walaupun bilangan kes malaria di negara ini telah menurun, komitmen dan sokongan daripada semua pihak masih diperlukan bagi mencapai sifar malaria menjelang 2020.

“Masih terdapat risiko jangkitan semula di kawasan yang telah diisytihar­kan bebas malaria disebabkan faktor kemasukan pekerja asing dari negara yang bermasalah malaria atau rakyat Malaysia yang bekerja di negara berisiko malaria.

“Pihak majikan antaranya bertanggun­gjawab menyediaka­n kelambu berubat kepada pekerja bagi melindungi daripada gigitan nyamuk dan memastikan pekerja menjalani pemeriksaa­n di klinik dengan segera jika mengalami gejala malaria,” katanya pada majlis perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia peringkat Kebangsaan di FELCRA Lubuk Sireh di sini, semalam.

Perasmian program itu disempurna­kan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l.

Dzulkefly berkata pen-

Masih terdapat risiko jangkitan semula di kawasan yang telah diisytihar­kan bebas malaria disebabkan faktor kemasukan pekerja asing dari negara yang bermasalah malaria atau rakyat Malaysia yang bekerja di negara berisiko malaria. Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan

duduk yang terlibat dengan aktiviti berisiko di hutan seperti memburu dan pembukaan tanah baharu untuk per- tanian juga perlu mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunaka­n ubat penghalau nyamuk.

“Bagi penduduk yang bekerja di negara bermasalah malaria atau bekerja di kawasan hutan untuk jangka masa panjang, mereka perlu mendapatka­n nasihat daripada pejabat kesihatan berhubung langkah pencegahan yang bersesuaia­n,” katanya.

Hari Malaria Sedunia adalah antara lapan sambutan Hari Kesihatan Awam Global yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktira­f usaha-usaha global dalam mengawal penyakit itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAYUH BASIKAL: Tuanku Syed Faizuddin (kanan) diiringi Dzulkefly berkenan menyertai kayuhan basikal sempena Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 di Padang Besar, semalam.
— Gambar Bernama KAYUH BASIKAL: Tuanku Syed Faizuddin (kanan) diiringi Dzulkefly berkenan menyertai kayuhan basikal sempena Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 di Padang Besar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia