Utusan Borneo (Sarawak)

Kawal pergerakan anak dan beri peringatan keselamata­n jalan raya

-

KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu sentiasa mengawal pergerakan anak- anak dan memberi peringatan kepada mereka tentang aspek keselamata­n jalan raya bagi mengelak kejadian tidak diingini, kata Pengerusi Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya (MIROS) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata kemalangan maut membabitka­n kanakkanak termasuk kejadian semalam yang menyaksika­n seorang budak lapan tahun maut selepas basikalnya berlanggar dengan sebuah lori sampah dapat dicegah sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing.

Lee turut menarik perhatian tentang kemalangan maut yang meragut nyawa lapan remaja berbasikal berusia antara 13 hingga 16 tahun di Jalan Lingkaran Dalam berdekatan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor, tahun lepas.

“Saya berpendapa­t ibu bapa atau penjaga sekarang memberi kebebasan tanpa kawalan kepada anak-anak mereka yang berumur dari lapan tahun sehingga peringkat remaja dan tidak memberi nasihat serta kesedaran mengenai keselamata­n jalan raya.

“Kemalangan maut semalam berpunca daripada pelbagai faktor antaranya kegagalan ibu bapa mengawasi anak mereka, masyarakat juga tidak prihatin…. sepatutnya apabila melihat seorang kanak- kanak menunggang basikal secara berbahaya atau menggunaka­n jalan yang berisiko, sepatutnya menegur dan beritahu kanak- kanak berkenaan bahawa perbuatan mereka adalah bahaya,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian yang menimpa Mohammad Haekal Rizal Abdullah, 8, pelajar Sekolah Rendah Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, yang maut akibat cedera parah di bahagian kepala selepas basikal yang ditunggang­inya berlanggar dengan sebuah lori sampah di Jalan Kampung Padang Balang, Sentul, di sini.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya, kejadijam dan kawasan kemalangan adalah jalan kampung dan hanya mempunyai satu lorong sempit.

Lee berkata berbasikal adalah aktiviti yang sihat tetapi ia harus dilakukan dengan cara selamat iaitu menggunaka­n basikal yang selamat tanpa pengubahsu­aian selain melakukan aktiviti itu pada waktu sesuai dan melalui jalan yang selamat.

“Kanak-kanak dan remaja sekarang gemar melibatkan diri dalam aktiviti ‘basikal lajak’ iaitu basikal yang telah diubah suai dan ada yang tidak mempunyai brek seterusnya berlumba sesama mereka. Saya sendiri pernah nampak kumpulan kanak-kanak menunggang basikal secara berbahaya di jalan raya yang sibuk,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kerajaan, ibu bapa, pihak sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlu bersama-sama mengenal pasti punca serta mencari kaedah terbaik untuk menangani masalah itu agar kejadian seumpama itu tidak berulang.

Selain itu, katanya kempen kesedaran keselamata­n jalan raya harus dipergiatk­an agar kemalangan membabitka­n kanak-kanak dan remaja dapat dicegah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia