Utusan Borneo (Sarawak)

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang tiba di Kedah

-

SUNGAI PETANI: Penjelajah­an konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaa­n 2018, tiba di pekarangan Majlis Perbandara­n Sungai Petani Kedah (MPSPK) kira-kira jam 10.20 pagi semalam.

Ketibaan peserta konvoi disambut oleh Pegawai Daerah Kuala Muda, Nordin Yahya, dan Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Sains dan Teknologi, dan Perubahan Iklim dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Arang, Ooi Tze Min.

Sekretaria­t Kembara Merdeka Jalur gemilang, Asdazairi Daut berkata, konvoi yang terdiri daripada 135 peserta termasukla­h anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional ( FINAS), Jabatan Pen- erangan Malaysia, serta anggota Kelab Motosikal ST1300MMC, dengan 20 kenderaan pacuan empat roda dan 40 motosikal berkuasa tinggi, berlepas kira-kira jam 10 pagi semalam dari Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Ini merupakan lokasi pertama yang dijelajahi di Kedah, sebelum kami bertolak ke dua lagi lokasi di negeri ini iaitu kaki bukit Gunung Jerai dan Pantai Murni, Yan, bagi mengedarka­n kira- kira 600 Jalur Gemilang kepada jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO).

“Malam ini (semalam), peserta konvoi akan bermalam di Kedah sebelum meneruskan perjalanan ke Jerlun dan memasuki negeri Perlis,” katanya ketika ditemui Bernama selepas Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuala Muda, di sini, semalam.

Sementara itu, Nordin dalam ucapannya berkata, kemerdekaa­n negara yang dikecapi selama 61 tahun ini merupakan hasil perjuangan yang sangat bermakna dan perlu dihayati serta didalami setiap insan di negara ini.

“Sambutanny­a pada tahun ini perlu disambut dengan meriah kerana ia amat bernilai untuk negara kita yang kini memiliki wajah yang cukup aman dan makmur...kita perlu satukan kekuatan, matlamat dan hala tuju, agar membentuk kekuatan dalam proses membina semula sebuah negara maju.

Tema ‘Sayangi Malaysiaku’ untuk sambutan tahun ini, bukanlah perkara baharu untuk diperkatak­an namun ia perlu sering diperdenga­rkan agar rakyat Malaysia khususnya generasi muda, sentiasa berbangga dan bersyukur kerana berada di bumi ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia