Utusan Borneo (Sarawak)

FAMA cadang buka tiga pusat proses isi durian beku

-

SUNGAI PETANI: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) bercadang membuka tiga lagi pusat pemprosesa­n dan penyimpana­n isi durian sejuk beku menjadikan­nya 15 pusat di seluruh negara sebagai usaha memperluas­kan lagi pasaran makanan berasaskan durian di negara ini.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Ahmad Ishak berkata, tiga kawasan baharu itu di Prai, Pulau Pinang, serta di Sabah dan Sarawak di mana tumpuan utama ialah penghasila­n pes durian (isi durian) yang sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

Sehubungan itu katanya, lebih banyak buah durian yang dibeli dari pekebun dapat diproses untuk dijadikan pes durian yang digunakan dalam penghasila­n lebih 30 produk berasaskan durian.

Beliau berkata antara pusat pemprosesa­n dan penyimpana­n isi durian sejuk beku yang telah beroperasi dan mampu menghasilk­an kira-kira 60 metrik tan pes durian sehari ialah di Beseri, Perlis, Jerantut dan Raub (Pahang), Machang (Kelantan), Sungai Petani, (Kedah), Batu Kurau (Perak), Batu Pahat (Johor), Ara Damansara dan Hulu Langat di Selangor.

“Kita akan dapatkan peruntukan RM600,000 untuk mewujudkan satu lagi pusat pemprosesa­n durian di Prai tahun depan dengan kemudahan dan fasiliti yang terbaik, prinsipnya sama dengan pusat pemprosesa­n yang lain iaitu kita beli durian dari pekebun, mencuci buah, mengopek, mengasingk­an isi dan biji durian sebelum dijadikan pes durian.

“Pasaran kita juga lebih luas apabila kita mendapat pengiktira­fan dari negara China untuk mengekspor­t pes durian serta ulas durian sejuk beku kerana mereka yakin dengan kaedah pemprosesa­n kita yang mementingk­an aspek keselamata­n dan kesihatan makanan,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan di pusat pemprosesa­n dan penyimpana­n isi durian di sini, semalam.

Beliau juga berkata, sudah tiba masanya kerajaan memikirkan produk-produk yang berpotensi untuk dibangunka­n kerana generasi masa kini telah mencipta pelbagai menu dan masakan menggunaka­n isi durian yang memenuhi selera mereka.

“Kita juga galakkan pihak swasta terlibat sama dalam industri ini, dan jangan ingat durian ini nak buat lempok dan tempoyak sahaja tetapi boleh digunakan untuk buat pankek, kek keju, yogurt, toping kek, aiskrim dan piza,” katanya.

Katanya, pasaran produk berasaskan durian juga semakin meningkat, pada 2016 nilai eksport sebanyak RM79 juta, meningkat kepada RM89 juta (2017) dan untuk tempoh Januari hingga Mac tahun ini sahaja RM67juta telah dicatatkan.

Sementara itu, Ahmad berkata, FAMA akan melancar- kan program ‘Jimat Belanja Aidiladha’ seminggu sebelum perayaan itu dengan orang ramai boleh mendapatka­n barangan keperluan mereka di 1,000 Pasar Tani FAMA pada kadar lima hingga 20 peratus lebih murah dari harga pasaran. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRODUK DURIAN: Ahmad Ishak (dua kiri) bersama Anuar (kiri) menunjukka­n produk-produk yang dihasilkan menggunaka­n pes durian di pusat pemprosesa­n dan penyimpana­n isi durian sejuk beku di Sungai Petani, semalam.
— Gambar Bernama PRODUK DURIAN: Ahmad Ishak (dua kiri) bersama Anuar (kiri) menunjukka­n produk-produk yang dihasilkan menggunaka­n pes durian di pusat pemprosesa­n dan penyimpana­n isi durian sejuk beku di Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia