Utusan Borneo (Sarawak)

Tarif air Selangor, KL, Putrajaya tidak naik Bagaimanap­un, Selangor bertindak mengikut kemampuan semasa kerajaan negeri

-

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memberi jaminan tarif air di negeri itu, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak akan dinaikkan buat masa ini namun ia bergantung kepada kemampuan pentadbira­n tersebut pada masa depan.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata ini kerana pihaknya perlu meneliti seluruh perkara dan aspek berkaitan terlebih dahulu memandangk­an kos pengeluara­n air bersih yang semakin meningkat.

“Sekarang ini tiada kenaikan (tarif air) dan kita akan teruskan program air percuma yang menelan belanja RM180 juta setahun walaupun ia telah banyak kali meningkat sejak mula diperkenal­kan (pada Jun 2008) pada kadar kirakira RM70 juta setahun.

“Namun begitu, kita bertindak mengikut kemampuan semasa kerajaan negeri dan buat masa ini, kita masih mampu (menanggung kos) walaupun kita wujudkan pelbagai program lain yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan lembu korban bagi Aidiladha peringkat negeri di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin yang mendakwa pengguna air di tiga lokasi tersebut akan menanggung tarif yang tinggi susulan pengambila­lihan Syarikat Pengeluara­n Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) pada harga RM2.55 bilion, Jumaat lepas.

Amirudin berkata, nilai pembelian SPLASH itu di- lihat relevan kerana ia berdasarka­n jangkaan harga sesuai oleh badan penilai bebas antarabang­sa yang dilantik oleh kerajaan negeri.

“Perkara ini (tarif air) telah dijawab berkali-kali oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (semasa menjadi menteri besar) dalam persidanga­n Dewan Undangan Negeri dan kena faham kronologin­ya daripada awal. Kita membeli dan mengambil alih berdasarka­n ‘willing seller willing buyer’,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin kononnya PKR menerima ‘habuan’ RM500 juta daripada pengambila­lihan tersebut, Amirudin berkata “tuduhan tanpa bukti adalah tuduhan tidak bertanggun­gjawab”.

Tegasnya, kerajaan negeri telah membuat rundingan dan perbincang­an selama setahun dengan Air Selangor bagi mendapatka­n nilai pembelian berkenaan.

Pada Jumaat lepas, pengambila­lihan SPLASH pada nilai RM2.55 bilion itu akan menyelesai­kan hutang tertunggak yang ditanggung oleh anak syarikat Air Selangor, iaitu SYABAS, kepada SPLASH untuk pembelian air terawat yang telah mencecah sebanyak RM4.7 bilion setakat 30 Jun 2018.

Air Selangor akan membayar secara ansuran untuk tempoh selama sembilan

Sekarang ini tiada kenaikan (tarif air) dan kita akan teruskan program air percuma yang menelan belanja RM180 juta setahun walaupun ia telah banyak kali meningkat sejak mula diperkenal­kan (pada Jun 2008) pada kadar kira-kira RM70 juta setahun. Amirudin Shari Menteri Besar Selangor

tahun bagi mengambil alih syarikat SPLASH.

Terdahulu pada majlis tersebut, kerajaan negeri dengan kerjasama anak-anak syarikatny­a menaja 1,200 ekor lembu untuk diedarkan ke masjid, surau solat Jumaat, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan di negeri itu bagi melakukan ibadah korban tahun ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? ALBUM: Amirudin (tengah) bergambar bersama orang ramai yang hadir pada Majlis Sumbangan Lembu Korban sempena Hari Raya Aidiladha Peringkat Negeri Selangor 1439H/2018M di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Selangor semalam.
— Gambar Bernama ALBUM: Amirudin (tengah) bergambar bersama orang ramai yang hadir pada Majlis Sumbangan Lembu Korban sempena Hari Raya Aidiladha Peringkat Negeri Selangor 1439H/2018M di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Selangor semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Tey (tengah) bersama Rabuan (kiri) memegang Obor Asia Pacific Masters Games 2018 pada Majlis Penyerahan dan Penerimaan Obor berkenaan semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Tey (tengah) bersama Rabuan (kiri) memegang Obor Asia Pacific Masters Games 2018 pada Majlis Penyerahan dan Penerimaan Obor berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia