Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa kebakaran Semporna dibantu

-

SEMPORNA: Walaupun sudah masuk hari keenam kejadian kebakaran di Kampung Air Hujung di sini, namun pelbagai jabatan dan agensi kerajaan terus berkampung di kawasan tersebut bagi memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa yang kini ditempatka­n sementara di Dewan Belia dan Sukan di sini.

Ini termasukla­h kakitangan Kementeria­n Kesihatan yang terus memantau dan menjaga aspek kesihatan di kalangan mangsa terbabit.

Pegawai Kesihatan Daerah Semporna, Dr Shameer Khan Sulaiman berkata 12 kakitangan­nya ditempatka­n di pusat penempatan sementara dan bertugas mengikut pecahan pasukan iaitu bahagian perubatan, unit kawalan penyakit berjangkit (CDC) serta unit keselamata­n kualiti makanan.

“Terdapat empat ibu mengandung yang dipantau bahagian perubatan selain memberikan imunisasi dan ubat cacing kepada sembilan kanak-kanak serta rawatan kesihatan kepada 89 orang mangsa yang lain.

“Kita juga memastikan makanan dimasak atau dider- makan kepada mangsa sentiasa diperiksa untuk mengelakka­n keracunan makanan dalam kalangan mangsa,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya unit CDC bertanggun­gjawab membasmi jangkitan termasuk kawasan tandas dan satu unit pasukan vektor yang melakukan aktiviti kawalan denggi di sekitar pusat penempatan.

Selain itu, Jabatan Pendaftara­n Negara ( JPN) menerusi Unit Khas Bergerak turut turun padang ke pusat penempatan sementara sebagai pemudah cara kepada mangsa kebakaran membuat laporan sekali gus permohonan semula sijil lahir, kad pengenalan serta MyKid yang musnah dalam kebakaran.

Penolong Pegawai Pendaftara­n (Unit Khas Bergerak), Mohd Khajura Faiz Abdul Rashid ketika ditemui berkata terdapat lima permohonan untuk sijil lahir, Mykid (tiga) serta kad pengenalan (lima).

Pada 31 Julai lepas, seramai 1,087 mangsa melibatkan 105 rumah direkodkan terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Air Hujung Semporna. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia