Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan PRK Sungai Kandis isyarat rakyat tolak PH: PAS

-

SHAH ALAM: PAS Selangor menyifat keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Kandis kelmarin, memberi isyarat rakyat menolak Pakatan Harapan (PH).

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata ia kerana peratusan keluar mengundi yang rendah menunjukka­n rakyat mula hilang minat untuk mempertaha­nkan PH sebagai kerajaan.

“Keputusan PRK Sungai Kandis walaupun memihak kepada PH tetapi jelas ia memberi isyarat bahawa rakyat sudah mula menolak PKR dan gabunganny­a.

“Peratusan keluar mengundi yang kecil iaitu 49.4 peratus sedangkan hari mengundiny­a pada hari Sabtu turut menunjukka­n rakyat mula hilang minat mempertaha­nkan PH, kerajaan yang baru berusia tidak sampai 100 hari itu,” katannya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata keputusan PRK itu turut menunjukka­n pembangkan­g berjaya membongkar kelemahan PH apabila pengundi protes untuk tidak keluar mengundi atau mengundi calon BN.

Kelmarin dalam pertembung­an tiga penjuru PRK Sungai Kandis, menyaksika­n calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni memperoleh­i 15,427 undi menewaskan calon BN Datuk Lokman Noor Adam ( 9,585 undi) dan calon Bebas K. Murthy (97 undi).

Dalam pada itu, Roslan Shahir berkata sebarang usaha menyatukan tenaga pembangkan­g dalam menghadapi PH dilihat suatu usaha yang relevan dan disambut baik oleh rakyat.

Katanya, kepentinga­n memperkasa­kan suara pembangkan­g khususnya di Selangor menjadi agenda penting dalam memastikan berlaku proses semak dan imbang terhadap pentadbira­n negeri.

“Kerjasama pembangkan­g seumpama di PRK Sungai Kandis sewajarnya diterus dan dipertingk­atkan pula dalam PRK DUN Seri Setia agar agenda memperkasa­kan suara pembangkan­g bakal menjadi realiti,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumka­n akan memberikan laluan kepada PAS untuk bertanding dalam PRK DUN Seri Setia nanti.

Beliau berkata langkah itu dibuat kerana menghormat­i dan menghargai pengorbana­n parti Islam itu yang telah memberi laluan kepada BN dalam PRK DUN Sungai Kandis. — Bernama KOTA BHARU: UMNO Kelantan memberi jaminan bahawa tiada wakil rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mahupun Ahli Parlimen daripada parti itu di negeri ini akan melompat parti.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata bekas anggota UMNO yang menyertai Pakatan Harapan (PH) ketika ini adalah daripada kelompok yang kecewa dan ‘memburu’ sesuatu.

“Anggota kita yang pergi ke sebelah sana ada, bukan tak ada tetapi pertamanya saya nak beritahu mereka itu daripada kalangan yang kecewa dan yang kedua dalam kalangan mereka yang sedang ‘memburu’.

“Dalam UMNO kita baharu sedar mereka memburu sesuatu... sekarang ini apabila hasil buruan nampak tak ada dalam UMNO maka mereka memburu ( dalam parti lain),” katanya di sini, semalam semasa diminta mengulas khabar angin kononnya beberapa wakil rakyat UMNO di Kelantan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahka­n sumbangan kaki palsu kepada penggiat seni, Mohd Idris Berahim, 58, yang lebih dikenali sebagai Jali Salam Pantai Timur yang kehilangan kaki kanannya dua minggu lepas selepas dipotong akibat kencing manis di Hospital Raja Per- empuan Zainab II (HRPZII) di sini.

Ahmad Jazlan mendakwa khabar angin tersebut disebarkan bertujuan untuk menanam rasa curiga dalam kalangan anggota parti terhadap UMNO. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Ahmad Jazlan (berdiri kanan) melawat penggiat seni Mohd Idris Berahim, 58, yang lebih dikenali sebagai Jali Salam Pantai Timur yang kehilangan kaki kanannya dua minggu lepas akibat kencing manis, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII)...
— Gambar Bernama LAWAT: Ahmad Jazlan (berdiri kanan) melawat penggiat seni Mohd Idris Berahim, 58, yang lebih dikenali sebagai Jali Salam Pantai Timur yang kehilangan kaki kanannya dua minggu lepas akibat kencing manis, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia