Utusan Borneo (Sarawak)

Nurul Izzah kemuka pencalonan pertahan jawatan Naib Presiden PKR

-

PETALING JAYA: Nurul Izzah Anwar semalam mengemukak­an borang pencalonan bagi mempertaha­nkan jawatan naib presiden pada Pemilihan PKR, bulan depan.

Borang pencalonan beliau diserahkan wakilnya, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil kira-kira jam 2.30 petang selepas proses pencalonan semalam berehat untuk makan tengah hari.

Fahmi berkata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tidak dapat hadir kerana berada di kawasannya.

Setakat tengah hari semalam, dua calon mengemukak­an pencalonan jawatan tersebut iaitu Ahli Parlimen Selayang, William Leong dan bekas ahli majlis, Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ), Michael Tamil.

Sementara itu, Fahmi dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon merupakan antara calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan PKR kali ini.

Mereka mengemukak­an sendiri borang pencalonan mereka kira-kira jam 2.30 petang selepas waktu rehat tengah hari penamaan yang berlangsun­g semalam.

Setakat tengah hari semalam, Setiausaha Jawatankua­sa Pemilihan Pusat, Ismail Yusof berkata, pihaknya menerima 22 borang pencalonan bagi jawatan MPP.

Fahmi berkata setakat ini, beliau masih memegang jawatan Pengarah Komunikasi PKR sehingga parti itu melantik individu lain menggantik­an tempatnya.

“Pihak media masih boleh menghubung­i saya bagi mengesahka­n isu berkaitan parti kecuali mengenai pemilihan,” katanya kepada pemberita.

Selain beliau, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kamaruddin Jaafar juga mengemukak­an pencalonan bagi jawatan MPP yang menawarkan 20 tempat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia