Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola bersedia jadi pengurus pertama semenjak Ferguson pada 2009 mempertaha­n kejuaraan Liga Perdana Inggeris

-

MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memberitah­u ketakutan kepada kegagalan telah menjadi pemacu di sebalik kejayaanny­a yang cemerlang di Barcelona, Bayern Munich dan sekarang City ketika dia bersiap sedia untuk kempen baharu.

Anak jati Catalan berusia 47 tahun itu akan memulakan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan matlamat untuk menjadi pengurus pertama semenjak Alex Ferguson pada 2009 yang berjaya mempertaha­nkan hadiah terbesar dalam bola sepak kelab Inggeris.

Buku rekod memihak kepada Guardiola, kerana pengurus City itu memenangi tiga kejuaraan berturut- turut di setiap daripada kelab- kelab lamanya, Barcelona dan Bayern Munich.

Namun dalam kenyataan yang menarik mengenai perkara yang memacunya, Guardiola menjelaska­n bagaimana dia didorong oleh ketakutan kepada kekalahan, dan bukan kegembiraa­n daripada kemenangan.

“Saya bersedia, saya bersedia,” kata Guardiola mengenai usaha City untuk mempertaha­nkan kejuaraan.

“Dari sudut pandangan saya, pemain tidak perlu bimbang. Saya bersedia untuk berjuang semula.

“Ketakutan kepada kekalahan dalam perlawanan membuatkan saya rasa kebuluran dan lapar semula. Saya tidak suka dengan apa yang saya rasa apabila kami kalah dalam perlawanan.

“Ia tidak bagus bagi mana- mana pengurus di seluruh dunia, jadi semua pengurus cuba mengelak apa yang dirasai selepas kalah dalam perlawanan.

“Kita rasa bersalah, kita rasa teruk, kehidupan peribadi kita tidak bagus, perhubunga­n kita dengan pemain tidak bagus, jadi itulah sebabnya kenapa untuk mengelak perasaan itu, cuma dengan ketakutan untuk kalah dalam perlawanan itu ... ia membuatkan kita rasa lapar.”

Guardiola selama ini tidak kelihatan begitu tenang, dan begitu jujur dan berterus- terang, di hadapan media Inggeris – hakikat yang menjadikan dokumentar­i Amazon, yang memaparkan musim City memenangi kejuaraan yang menakjubka­n, begitu dinanti-nantikan. Dalam satu petikan, yang sudah bocor dalam internet, Guardiola kelihatan memarahi pemainnya, dan memberitah­u mereka “kadang-kadang anda bermain lebih baik apabila anda membenci saya”. Ia merupakan teknik pengurusan yang Guardiola jelaskan dengan gembira.

“Kadang- kadang kita menyebut beberapa perkara ketika keadaan tegang dalam bilik persalinan,” katanya.

“Kadang- kadang apabila kita duduk di sini dalam keadaan sejuk, kita dapat menganalis­anya dengan cara yang berlainan.

“Ada pemain yang perlu dipeluk dan didekati untuk prestasi terbaik mereka. Kadang- kadang mereka bermain dengan lebih baik apabila kita tidak bercakap kepada mereka. Setiap orang berbeza sama sekali.

“Pemain lain bermain dengan lebih baik apabila mere- ka marah dengan pengurus mereka atau keputusan atau kerana kita menengking mereka. Perkara penting ialah mereka bermain dengan lebih baik, bukan perhubunga­n mereka dengan pengurus.”

Guardiola ternyata kelihatan sudah menjalinka­n hubungan kerja yang kuat dengan beberapa pemain penting, antaranya penyerang England, Raheem Sterling, yang mendapati diri menjadi tumpuan perdebatan hangat pada musim panas kerana prestasiny­a di Piala Dunia.

Sterling menolak tawaran kontrak baharu dari City, yang bermakna dia memulakan kempen baharu dengan hanya dua tahun sahaja berbaki dalam kontraknya sekarang.

Selain itu, City sudah membelanja­kan 60 juta pound (RM324 juta), satu rekod kelab, untuk mendapatka­n Riyad Mahrez dari Leicester, seorang pemain yang mungkin akan menjadi pengganti jangka panjang yang semula jadi bagi Sterling.

Bagaimanap­un Guardiola menegaskan kebuntuan dalam kontrak itu tidak akan mempengaru­hi pemilihan pasukannya. “Tidak, ia tidak akan mempengaru­hi pemilihan,” kata Guardiola. “Memang tidak dapat diragui bahawa kami mahukannya. Dia tahu itu, ejennya itu.

“K a m i menjelaska­n dari hari saya tiba, kami mahukannya, tetapi perjanjian a d a l a h p e r j a n - jian, ejen a d a l a h ejen dan pemain adalah p e - m a i n . J a d i p a d a tahu akhirnya saya tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi saya memberi jaminan 100 peratus kepada anda bah a w a p e n - g u - r u s , pengarah sukan dan semua pemain mahukan dia di kelab ini.” Guardiola juga akan memberi perhatian khas kepada pemain sayap Jerman, Leroy Sane, yang tidak dipilih untuk menyertai skuad Piala Dunia negara di Rusia, pada mingguming­gu akan datang walaupun pengurus City itu tidak menjangkak­annya untuk mengalami sebarang kesan buruk d a r i p a d a kekecewaan itu. “Saya selalu berpendapa­t impian seorang pemain adalah untuk bermain dalam Piala Dunia kerana ia merupakan kejohanan paling menarik sekali setiap empat tahun, kejohanan paling menarik, indah dan mengujakan di dunia,” katanya. “Ia mengecewak­an tetapi ia diadakan dua bulan lalu dan kehidupan adalah seperti ini. Kehidupan tidak mudah, jadi kadang- kadang naik dan turun, kadang- kadang waktu buruk, ia adalah bagaimana kita bertindak balas pada waktu itu yang akan membuat kita menjadi lebih kuat. Jika dia dapat mengatasi situasi itu, dia akan menjadi pemain yang lebih baik.” — AFP

Ketakutan kepada kekalahan dalam perlawanan membuatkan saya rasa kebuluran dan lapar semula. Saya perlawanan.” tidak suka dengan apa yang saya rasa apabila kami kalah dalam Pep Guardiola Pengurus Manchester City

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia