Utusan Borneo (Sarawak)

Jom sertai perlumbaan kayak Pesta Tagang

-

KUCHING: Orang ramai atau penggemar kayak dipelawa menyertai perlumbaan kayak sempena Pesta Tagang Antarabang­sa Semadang 2018 yang berlangsun­g dari 31 Ogos hingga 2 September depan.

Penyelaras acara, Wilson Mapus berkata perlumbaan kira-kira empat kilometer itu dibuka kepada rakyat Malaysia dan warga asing.

Ia diadakan pada 2 September bermula jam 11 pagi sepanjang Sungai Semadang di Kampung Semadang, Jalan Puncak Borneo iaitu kira-kira 40km dari sini.

Wilson berkata, setiap pasukan terdiri dua orang ahli atau pekayuh sama ada kedua-duanya lelaki atau wanita atau campuran (lelaki dan wanita) dan hanya dua sahaja dibenarkan dalam perlumbaan.

Katanya, bayaran masuk RM30 dikenakan bagi setiap penyertaan dan pasukan digalakkan membawa sendiri kayak atau menyewa daripada pembekal berada di tapak pertanding­an dengan harga RM50 satu kayak.

“Bagi kayak pertama sampai ke garisan diumumkan pemenang namun jika ada kayak terbalik peserta masih boleh meneruskan semula pertanding­an.

“Keputusan adalah muktamad dan tiada rayuan dilayan memandangk­an ini adalah untuk pertanding­an menyeronok­kan,” kata Wilson.

Beliau berkata, pertanding­an dimulakan jam 11 pagi dan semua peserta dinasihatk­an bersedia lebih awal di titik permulaan jam 10.30 pagi bagi taklimat.

Wilson turut menasihatk­an semua peserta membawa jaket keselamata­n masing-masing dan menggunaka­nnya semasa pertanding­an.

Pemenang bakal membawa pulang wang tunai RM300 serta trofi sementara tempat kedua dan ketiga membawa pulang masing-masing RM200 dan RM100 berserta trofi.

Mereka berminat boleh menghubung­i Wilson di talian 0198781182 atau Beko Sijip (0198258141).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia