Utusan Borneo (Sarawak)

Golf Terbuka Masters Amatur Sarawak tawar hadiah motosikal berkuasa tinggi

-

KUCHING: Dua motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson bernilai keseluruha­n RM285,000 ditawarkan kepada pemenang ‘hole-in-one’ Cabaran Golf Terbuka Masters Amatur Sarawak Ke-11 yang akan diadakan di Kelab Golf Sarawak (KGS) pada 10 hingga 12 Ogos ini.

Selain itu, cabaran bagi merebut Trofi Cabaran Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing turut menawarkan lima set golf bernilai RM30,000 kepada peserta berjaya mencatat ‘hole-inone’ sepanjang tiga hari kejohanan tersebut.

Menurut kenyataan penganjur semalam, motosikal Harley Davidson Trike Glide Ultra 3-Wheeler (Edisi Terhad) 1700cc bernilai RM205,000 tajaan Transnatio­nal Insurance Brokers (M) Sdn Bhd dan Harley Davidson Sportster Forty-Eight Xl1200x bernilai RM78,000 tajaan Able Automobile Sdn Bhd dan BSB Borneo Superbike ditawarkan kepada pemenang ‘hole-inone’ pada hari terakhir.

Pada edisi kali ini, penganjur menyasarka­n lebih 250 peserta mengambil bahagian mempertand­ing kategori terbuka dan tetamu jemputan.

Ia terbuka kepada pemainpema­in lelaki dengan handikap NHS/USGA 16.7 (18) dan ke bawah.

Kategori terbuka berlangsun­g tiga hari manakala tetamu jemputan hanya diadakan pada Ahad. Hadiah keseluruha­n berjumlah RM40,000 menanti pemenang bagi kedua-dua kategori tersebut.

Yuran penyertaan berjumlah RM300 bagi setiap peserta termasuk ‘buggy’ dengan tarikh tutup penyertaan pada 6 Ogos ini, jam 5 petang.

 ??  ?? TERUS CEMERLANG: Pegawai KRP berkongsi kegembiraa­n dengan pasukan perenang selepas mempertaha­nkan kejuaraan.
TERUS CEMERLANG: Pegawai KRP berkongsi kegembiraa­n dengan pasukan perenang selepas mempertaha­nkan kejuaraan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia