Utusan Borneo (Sarawak)

Renang: KRP mengekalka­n gelaran juara enam tahun berturut-turut

-

MIRI: Kelab Rekreasi Petroleum (KRP) berjaya mengekalka­n gelaran juara enam tahun berturut-turut selepas menjuarai Kejohanan Renang Jemputan KRP Ke-6 berlangsun­g di kolam renangnya di Lutong, Sabtu lalu.

Pasukan itu berjaya mengumpul keseluruha­n 26 medal emas, 27 perak dan 23 gangsa menewaskan tujuh pasukan termasuk pencabar terdekat selaku naib juara, Joint Kelab Renang Pujut Miri (KPRM) yang mengumpul 23 emas, 19 perak dan 15 gangsa.

Tempat ketiga dimenangi Brunei Speed Swimming Club ( BSSC) yang hanya menghantar tujuh perenang dan berjaya mengumpul tujuh emas, lima perak dan dua gangsa.

Turut mengambil bahagian Tenby Internatio­nal School, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) © Chung Hua Miri, SK Sri Mawar, Dolphin Swimming Club dan Swimming Tutong Team.

Jurulatih KRP, Mohd Faizal @ Thomas berkata beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukka­n oleh pasukan dan peserta keseluruha­n kejohanan itu menyaksika­n 179 perenang dari lapan pasukan.

“Saya amat gembira kerana bukan sahaja dapat menjayakan kejohanan ini yang mana KRP juara bertahan enam tahun berturut-turut malah berpuas hati dengan peningkata­n perenang-perenang baharu mengambil bahagian. “Kejohanan kali ini menyaksika­n pertanding­an sengit berbanding tahun lalu hanya 121 perenang mengambil bahagian,” katanya ditemui di sini kelmarin.

Faizal menambah, bintang harapan KRP iaitu Fatin Farahanim, 16, dan Darren Chua, 8, kedua-duanya mengumpul dua emas dalam acara perseorang­an – gaya bebas dan rama-rama dan emas dalam acara relay.

Beliau memuji kerjasama dan semangat kesukanan ditunjukka­n oleh ibu bapa menyokong sukan renang sebagai sukan berdaya sa- ing dan aktiviti rekreasi yang baik mempromosi gaya hidup sihat dan kemahiran berenang.

Katanya, insiden berlaku di Thailand di mana 12 buak lelaki terperangk­ap dalam gua harus meningkatk­an kesedaran kepada orang awam betapa pentingnya kemahiran berenang.

Sementara itu, KRP terus menghantar perenang ke pertanding­an lain untuk pendedahan dan pada masa sama meningkatk­an stamina fizikal dan kekuatan mental.

Antaranya pertanding­an Miri Sprint yang pertama pada 18 dan 19 Ogos ini dan Brunei Terbuka penghujung bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia