Utusan Borneo (Sarawak)

Detektif Conan jadi tema sebuah lapangan terbang di Jepun

-

SEBUAH lapangan terbang di barat Jepun yang dinamakan sempena karektor komik dan animasi popular seorang penyiasat kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Detektif Conan, telah siap diubah suai sepenuhnya serta dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong ke wilayah Tottori, lapor agensi berita China Xinhua.

Lapangan Terbang Tottori Sand Dunes Conan, yang dibuka secara rasmi baru-baru ini, kini menawarkan lebih banyak kedai dan satu daripadany­a menjual barangan bertemakan ‘Detektif Conan’, satu watak ‘manga’ atau komik ciptaan Gosho Aoyama, yang berasal dari Tottori.

Lapangan terbang itu, yang dinamakan semula pada 2015 bagi memanfaatk­an populariti Detektif Conan di Asia, mengendali lima penerbanga­n setiap hari ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo serta beberapa penerbanga­n yang dicarter dari China, Korea Selatan dan Rusia.

Detektif Conan adalah seorang penyiasat genius yang boleh berubah menjadi seorang kanak-kanak lelaki ketika menyiasat sebuah organisasi misteri.

Beliau berjaya menyelesai­kan pelbagai kes rumit dengan menyamar sebagai rakan ayahnya dan pelbagai karektor lain.

‘Manga’ itu telah disiarkan secara bersiri dalam sebuah majalah mingguan sejak 1994 dan dihimpun dalam lebih 90 jilid setakat 2017.

Ia turut diadaptasi dalam bentuk siri animasi sejak 1996 serta dijadikan filem, permainan video dan tayangan istimewa secara langsung di televisyen.

Berdasarka­n sambutan peminat yang menggalakk­an di luar negara, siri komik itu telah diterjemah ke dalam lebih 20 bahasa termasuk Inggeris, Cina dan Sepanyol. — Bernama PENYANYI rap Nicki Minaj berkata Rabu lepas bahawa dia menangguhk­an album baharunya sementara dia cuba sedaya-upaya untuk berhubung dengan Tracy Chapman bagi meluluskan satu sampel. Chapman, penyanyi lagu masyarakat di sebalik lagu-lagu kesedaran sosial seperti lagu klasik ‘Fast Car’ pada 1988 yang memiliki suara dalam dan menjaga privasinya dengan ketat, telah berjaya melakukan perkara yang semakin sukar iaitu tidak dapat dijumpai dalam talian sementara Minaj merayu menerusi 20 juta pengikutny­a masing-masing dalam Instagram dan Twitter. Dalam satu tweet pada minggu ini yang dia kemudian padamkan, Minaj menulis bahawa sebuah lagu dalam albumnya yang akan datang, ‘Queen’, memaparkan salah seorang “penyanyi rap terhebat sepanjang zaman” tetapi dia “tidak tahu bahawa ia menjadikan legenda #TracyChapm­an sebagai sampel”.

Minaj, yang akan mengeluark­an album pertamanya dalam tempoh empat tahun, seterusnya membuat tinjauan di kalangan pengikutny­a dengan bertanya sama ada dia harus memadamkan lagu itu atau menangguhk­an album tersebut.

Pilihan kedua dipercayai menang. Menulis dalam akaunnya dalam Apple Music pada Khamis lepas, Minaj berkata album itu akan dikeluarka­n pada 17 Ogos.

Sebelum ini dia mengumumka­n pengeluara­nnya pada Jun dan kemudian menangguhk­annya kepada 10 Ogos.

Minaj turut memaparkan perbualan teks yang dijalankan menerusi seorang peminat di mana Chapman ditawarkan AS$2 juta untuk memberikan kebenaran awal sebelum pengeluara­n album pada 10 Ogos.

Chapman, 54, pernah menyatakan dia tidak ada keinginan untuk membuang masa dalam media sosial.

Beberapa peminat menyuaraka­n rasa tersinggun­g dengan desakan Minaj.

“Saya tidak percaya bahawa ini adalah jenis sikap tidak hormat yang diterima oleh Tracy Chapman hanya kerana dia tidak menjawab!!” tweet seorang pengguna dengan handel @nasque.

Minaj tidak menyebut nama penyanyi rap di sebalik sampel Chapman yang dikatakan samarsamar itu tetapi nadanya yang patut dipuji menyebabka­n peminat untuk berfikir bahawa dia merujuk kepada Eminem.

Kedua-dua penyanyi rap itu telah membayangk­an dalam kenyataan terbuka yang menggoda bahawa mereka mungkin sedang bercinta dengan satu sama lain.

Chris Brown, penyanyi dan rapper yang kontrovers­i kerana memiliki sejarah keganasan domestik, menjadikan ‘Fast Car’ sebagai sampel dalam lagunya ‘Run Away’.

Minaj, salah seorang wanita terkemuka dalam hip-hop, sudah mengeluark­an tiga buah lagu dari ‘Queen’ termasuk ‘Bed’, iaitu lagu duet yang disemai dengan ciri tropika dan berbaur seksual bersama penyanyi pop Ariana Grande, dan ‘Chun-Li’, yang memberi tumpuan kepada budaya permainan video dan seni pertahanan diri di Asia.

— AFP

 ??  ??
 ??  ?? TRACY CHAPMAN
TRACY CHAPMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia