Utusan Borneo (Sarawak)

Kekacauan semasa rali anjuran radikal kanan AS

-

PORTLAND: Pihak polis menyatakan para aktivis melontarba­tudanbotol­semasa rali anjuran dua kumpulan haluan kanan radikal di Portland kelmarin yang telah mencetuska­n tunjuk perasaan balas dan menimbulka­n kebimbanga­n berulangny­a bantahan berdarah pada tahun lepas ‘Unite the Right’ di Charlottes­ville, Virginia.

Pihak polis di wilayah barat bandar terbesar Oregon menyatakan benda dilontar ke arah pihak berkuasa dan mengarahka­n mereka di kawasan itu segera bersurai, menyatakan kegagalan untuk mematuhi arahan ini mungkin menyebabka­n penahanan atau saman, serta mungkin mendedahka­n anda kepada penggunaan agen atau senjata kawalan rusuhan.

Rakaman rali yang menarik beratus-ratus orang itu menunjukka­n kepulan asap dan kehadiran ramai anggota polis di bandar yang mempunyai kira-kira 640,000 penduduk itu.

Patriot Prayer dan Proud Boys, kumpulan sayap kanan radikal yang dikaitkan dengan keganasan semasa rali Portland sebelum ini, berarak di Tom McCall Waterfront Park di bandar ini bagi menyokong pengasas Patriot Prayer Joey Gibson, yang akan bertanding sebagai calon Republikan untuk Senat AS.

Sementara itu, sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Popular Mobilizati­on menganjurk­an tunjuk perasaan balas di taman, diiringi pancaragam yang berarak dan penunjuk perasaan yang memakai kostum badut.

Dalam laman Facebook bagi acara tersebut, pihak penganjur menyatakan mereka tidak akan memohon maaf bagi penggunaan kekerasan dalam memastikan komuniti selamat daripada kesan keganasan sayap kanan.

Berikutan arahan polis kelmarin agar bersurai, Democratic Socialists of America yang bercawanga­n di Portland meletakkan kesalahan terhadap pihak berkuasa, menyatakan dalam Twitter bahawa sejurus sebelum jam 2 petang semua kelihatan kembali seperti biasa.

“Kemudian tanpa sebarang amaran, anggota polis melepaskan tembakan grenad pegun ke arah orang ramai anti-fasis dan mula memaksa mereka agar bersurai,” menurut organisasi tersebut, menunjukka­n bahawa pihak polis Portland sebagai pihak yang menimbulka­n dan mencetuska­n situasi berbahaya.

Pada Jumaat lepas, datuk bandar Ted Wheeler menyuaraka­n kebimbanga­n bahawa individu telah menyatakan secara umum niat mereka untuk bertindak secara ganas lantas menolak situasi tersebut daripada tercetus.

Pihak polis memberikan amaran kepada penunjuk perasaan agar meninggalk­an senjata di rumah walauoun pemegang lesen pistol yang sah di Oregon dibenarkan untuk membawa senjata mereka di taman.

Mereka telah menyatakan pihak polis akan memeriksa orang ramai bagi senjata di pintu masuk ke taman dan anjing pengesan bahan letupan turut digunakan.

Kombinasi kebencian dan keganasand­ijalanraya­Portland memberikan ancaman serius terhadap keselamata­n komuniti, terutamany­a kepada penduduk pelbagai warna kulit, wanita dan LGBT, menurut kenyataan Western States Center yang ditandatan­gani kira-kira 40 kumpulan aktivis.

Menurut Southern Poverty Law Center, kumpulan bukan perniagaan yang mengawasi fahaman ekstremism­e, Patriot Prayer dan Proud Boys telah tampil bersama dalam beberapa rali Pacific Northwest sejak 2017.

Satu rali pada 30 Jun mencetuska­n rusuhan dan ditutup pihak polis selepas pihak yang berarak dan penunjuk perasaan bertelagah, menyebabka­n beberapa orang tercedera. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? BANTAHAN: Seorang penunjuk perasaan penentang melontar balik kanister gas pemedih mata ke arah polis semasa rali kumpulan Patriot Prayer di Portland, Oregon kelmarin.
— Gambar Reuters BANTAHAN: Seorang penunjuk perasaan penentang melontar balik kanister gas pemedih mata ke arah polis semasa rali kumpulan Patriot Prayer di Portland, Oregon kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia