Utusan Borneo (Sarawak)

Grafiti cemari rumah pemenang Nobel Keamanan Romania

-

BUCHAREST: Pihak polis Romania kelmarin mengumumka­n siasatan ke atas grafiti anti-Semitik yang ditemui pada dinding rumah kelahiran pemenang anugerah Nobel Keamanan Elie Wiesel.

“Satu siasatan telah dibuka bagi mengenal pasti mereka yang bertanggun­gjawab,” jurucakap polis Florina Metes berkata, sambil menambah bahawa pihak berkuasa sedang memeriksa rakaman kamera pengawasan di pekan utara Sighetu Marmatiei, kampung halaman mangsa selamat Holocaust Wiesel yang meninggal dunia di New York pada 2016.

Grafititer­sebutyangd­isedari pada malam Jumaat, telah dipadamka pihak berkuasa tempatan.

“Tindakan keterlalua­n ini menunjukka­n serangan bukan sahaja terhadap kenangan Elie Wiesel namun terhadap semua mangsa Holocaust,” menurut institut negara bagi kajian Holocaust, yang dinamakan sempena Wiesel.

Kedutaan rejim Israel di Romania mengecam tindakan anti-Semitik yang tidak dijangkaka­n itu dan berharap mereka yang bertanggun­gjawab akan segera dibawa ke muka pengadilan.

Wiesel, dilahirkan di utara Romania pada 1928, terselamat dari Auschwitz dan mengabadik­an kehidupann­ya dengan menyimpan kenangan genosid Nazi semasa Perang Dunia Ke-II daripada lupus.

Beliau menetap di Amerika Syarikat selepas perang dan membantu mencabar sangkaan meluas di Romania selepas pemerintah­an komunis beberapa dekad bahawa pihak Jerman sahaja bertanggun­gjawab atas Holocaust.

Pada 2003 beliau telah mengetuai panel pakar yang mendapati antara 280,000 dan 380,000 rakyat Romania dan Yahudi Ukraine, termasuk 11,000 Roma, terkorban di Romania di bawah pemerintah­an diktator dan sekutu Nazi Ion Antonescu.

Beliau menetima anugerah Nobel tersebut pada 2001. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia