Utusan Borneo (Sarawak)

Boko Haram serang kampung Nigeria, lima terkorban

-

KANO: S e k u r a n g - kurangnya lima terkorban dan sebuah kampung dibakar dalam serangan kumpulan pelampau Boko Haram di utara wilayah utara Nigeria Borno, militia yang menentang mereka memberitah­u kelmarin.

Muncul dengan menaiki 10 trak, pejuang Boko Haram menyerbu kampung Gasarwa berhampira­n pekan sempadan Monguno lewat Jumaat lepas lalu membakar beberapa buah rumah.

“Lima terkorban dalam kebakaran itu iaitu dua lelaki warga emas dan tiga kanakkanak,” kata Babakura Kolo, ketua militia di bandar utama Maiduguri di wilayah Borno.

Pihak militia yang mempertaha­nkan kampung itu menyatakan mereka ditewaskan kerana jumlah pelampau yang terlalu ramai dan mereka juga kekurangan senjata.

Anggota militia Ibrahim Liman menyatakan penyerang Boko Haram melihat bekalan makanan dan haiwan ternakan dibakar dalam kebakaran namun tiada cubaan mencuri.

Tidak jelas puak Boko Haram yang mana telah melakukan serangan itu, namun kumpulan pelampau yang setia kepada Abu Mus’ab Al-Barnawi yang dikaitkan dengan IS diketahui beroperasi di kawasan berkenaan.

B o k o H a r a m memperkuku­hkan kempen bersenjata­nya sejak beberapa minggu, terutama terhadap sasaran tentera di mana beberapa anggota tentera dipercayai telah dibunnuh atau hilang.

Pada penghujung Julai, sekumpulan pejuang yang menaiki lima trak menyerbu sebuah pos pemeriksaa­n tentera di kampung berhampira­n Bunari, dengan sumber tentera mendakwa 11 anggota tentera telah terkorban.

Serangan kelihatan menolak dakwaan pihak tentera bahawa Boko Haram telah ditewaskan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia