Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan KLIBOR kekal tidak berubah

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan tiga bulan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal tidak berubah minggu ini di tengahteng­ah sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Pasaran tidak diniagakan sepanjang minggu yang baharu berakhir dengan kepentinga­n terbuka dan jumlah dagangan sifar.

Asas Jumaat ke Jumaat, harga penyelesai­an untuk Ogos 2018, September 2018, Oktober 2018 dan Disember 2018 kesemuanya ditambat pada 96.27.

Asas tiga bulan KLIBOR tidak berubah daripada 3.69 peratus minggu sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek berkemungk­inan kekal stabil minggu ini dengan Bank Negara Malaysia ( BNM) dijangka menawarkan tender untuk menyerap lebihan dana daripada sistem pasaran wang, kata peniaga.

Bagi minggu yang baharu berakhir, kadar faedah purata semalaman kekal pada 3.19 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu ditambat masing- masing pada 3.26 peratus, 3.30 peratus dan 3.35 peratus.

Sementara itu, penanda aras tiga bulan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) adalah pada kadar minggu sebelumnya 3.69 peratus.

Minggu lepas, bank pusat itu menjalanka­n operasi setiap hari bagi menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan dengan melaksanak­an tender, termasuk pasaran wang konvension­al, Qard, Program Komoditi Murabahah dan Bil Antara Bank Bank Negara.

Asas Jumaat ke Jumaat, jumlah lebihan kecairan di dalam sistem konvension­al untuk minggu lepas adalah rendah pada RM23.7 bilion daripada RM31.80 bilion minggu sebelumnya manakala di dalam sistem Islam, ia susut kepada RM10.81 bilion berbanding RM12.44 bilion sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia