Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan emas kekal rendah

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif berkemungk­inan kekal rendah minggu ini di tengah-tengah sentimen pasaran yang positif dolar AS yang seterusnya akan mengekang minat terhadap logam berharga berkenaan, kata seorang peniaga.

Katanya, pasaran tempatan akan terus menjejaki pergerakan pasaran hadapan emas Bursa Komoditi New York, yang mungkin menunjukka­n aliran menurun.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pentadbira­n Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengancam untuk mengenakan tarif 25 peratus terhadap nilai import barangan China sebanyak AS$200 bilion selepas pada awalnya menetapkan sebanyak 10 peratus.

Ini menimbulka­n kebimbanga­n terhadap perang perdaganga­n baharu, menyebabka­n kekacauan pada pasaran ekuiti dan tukaran asing, tetapi mengukuhka­n dolar US berbanding beberapa mata wang asing.

“Keuntungan pada dolar AS akan memberi kesan kepada permintaan pelabur terhadap emas minggu depan,” kata peniaga berkenaan kepada Bernama.

Asas Jumaat ke Jumaat, Ogos 2018, September 2018 dan Oktober 2018 susut 16 mata setiap satu, masing- masing kepada RM159.70, RM159.90 dan RM160.10 segram.

Julai 2018, yang kali terakhir diniagakan pada Selasa, ditutup pada RM159.35 segram.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada tujuh lot bernilai RM112,100 daripada empat lot bernilai RM64,650 minggu sebelumnya, manakala kepentinga­n terbuka susut kepada 33 kontrak daripada 34 kontrak minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia