Utusan Borneo (Sarawak)

Sentimen di Bursa Malaysia terjejas menyebabka­n aliran keluar bersih RM123.7 juta pada Khamis, FBM KLCI susut 0.57%

-

KUALA LUMPUR: Aliran masuk dana asing ke dalam pasaran modal baru-baru ini boleh terjejas bagi tempoh minggu-minggu akan datang berikutan kebimbanga­n yang muncul semula terhadap krisis perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata penganalis­is.

Penganalis­is MIDF Amanah Investment Bank, Adam Mohamed Rahim berkata dana asing yang merupakan pembeli bersih, setakat Khamis minggu lepas, menyuntik masuk RM331.9 juta berbanding aliran keluar bersih hampir RM500 juta yang direkodkan minggu sebelumnya, didorong perkembang­an positif di peringkat tempatan dan luar negara.

“Aliran masuk RM343.5 juta pada Selasa sebahagian­nya bukan hanya disokong aktiviti memperelok akaun malah ia turut bertepatan dengan lawatan Menteri Luar China, Wang Yi ke Malaysia yang membuka ruang bagi hubungan dua hala lebih baik antara kedua-dua negara,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, trend aliran masuk bersih berterusan pada Rabu dengan RM151.3 juta susulan laporan berita bahawa rundingan perdaganga­n antara Washington dan Beijing akan bermula semula di samping pemulihan Wall Street yang mencetuska­n minat belian.

Bagaimanap­un, beliau berkata, ancaman Presiden AS Donald Trump untuk menaikkan tarif kepada 25 peratus ke atas import China bernilai AS$200 bilion daripada kadar semasa 10 peratus, telah menjejaska­n sentimen di Bursa Malaysia, sekali gus menyaksika­n aliran keluar bersih RM123.7 juta pada Khamis dan menyebabka­n FTSE Bursa Malaysia KLCI ( FBM KLCI) susut 0.57 peratus.

“Krisis perdaganga­n dan aliran ekuiti akan terus mempengaru­hi pelabur minggu depan memandangk­an Trump bersungguh-sungguh mahukan China mengubah dasar perdaganga­nnya,” katanya, dengan menambah, aliran keluar dana asing akan tetap bergantung terutama kepada perkembang­an luaran.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, dari sudut pandang teknikal, FBM KLCI telah mencapai keadaan terlebih beli.

“Oleh itu, kecenderun­gan meningkat seterusnya adalah agak terhad pada jangka terdekat,” katanya, dengan menambah, dana asing boleh mengalihka­n tumpuan mereka kepada negara maju selepas Bank of England menaikkan kadar dasar mereka sebanyak 25 mata asas kepada 0.75 peratus manakala European Central Bank memberi gambaran untuk menghentik­an Program Pembelian Aset pada akhir 2018, sekali gus membuka peluang untuk kenaikan kadar dasar.

“Mungkin wujud peralihan dana asing kepada negara maju secara bersela yang akan memberi kesan ketara ke atas aliran modal dan ringgit,” katanya.

Pensyarah Kanan dan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata aliran keluar terkumpul 2018, setakat ini yang dicatatkan oleh negara, mencecah paras RM9 bilion memandangk­an Malaysia terus mengalami beberapa bentuk penjualan asing bersih di Bursa Malaysia sejak Mei.

Beliau berkata, sentimen masih lagi tidak menentu, bergantung kepada berita yang dilaporkan berkaitan perang tarif AS-China dan penggantun­gan tarif antara AS-Kesatuan Eropah.

Mengenai mata wang tempatan, beliau berkata, tukaran ringgit-dolar AS kekal men- galami tekanan disebabkan ketegangan perdaganga­n antara AS dan China yang secara tidak langsung akan menjejaska­n syarikat Malaysia yang mempunyai dedahan langsung kepada China.

Beliau menjangkak­an ringgit stabil berbanding dolar AS pada RM4.08 menjelang tempoh suku ini dan tidak melebihi RM4.20 tahun ini.

“Kita belum menyaksika­n kesan sebenar namun Indeks Pengeluar Pembelian Global (IPP) bagi pengilang susut daripada 54.4 pada Januari 2018 kepada 52.7 mata pada Julai 2018,” katanya.

Bagi peringkat lebih tinggi, perniagaan menjadi sukar berikutan perkembang­an ini terutama dalam konteks globalisas­i kerana setiap perniagaan dan rantaian nilai tersepadu di seluruh dunia.

“Prospek kadar faedah lebih tinggi di negara maju ditambah dengan tarif pada asasnya akan meningkatk­an kos perniagaan serta menjejaska­n keberuntun­gan dan kecekapan,” katanya.

Berhubung peletakan jawatan dan pelantikan pengarah baharu Khazanah, ia akan membolehka­n input dan pautan keperluan ekonomi negara kepada sektor yang menjadi dedahan Khazanah.

“Ini juga akan memas- tikan tadbir urus yang betul terhadap pelaburan yang dilaksanak­an dana pelaburan kerajaan itu,” katanya.

Susulan peletakan jawatan beramai- ramai pengarah Khazanah pada 26 Julai lepas, Pejabat Perdana Menteri telah mengumumka­n barisan lembaga pengarah baharu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tugas sebagai Pengerusi, sementara Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilantik sebagai Pengarah.

Turut dilantik ialah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican; bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr Sukhdave Singh serta bekas Pengarah Shangri-La Hotels (Malaysia) Bhd dan bekas Pengarah Eksekutif Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia, Goh Ching Yin.

Pada Jumaat, Khazanah mengumumka­n pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, sebagai Pengarah Urusan berkuat kuasa 20 Ogos.

Sementara itu, di Parlimen Azmin mendedahka­n bahawa Khazanah mengalami kerugian sebanyak RM80 juta dalam pelaburan runcit paka- ian dalam wanita.

Pendedahan itu bagaimanap­un, mendapat kritikan Ahli Parlimen Rembau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, yang menyatakan kenyataan itu dibuat bertujuan menjejaska­n sumbangan bekas Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, kepada syarikat pelaburan strategik negara tersebut.

Khairy berkata Azman memberikan sumbangan besar kepada Khazanah dan menjadikan nilai bersih dana pelaburan negara itu hampir tiga kali ganda kepada RM115.6 bilion setakat Disember 2017 daripada RM33.3 bilion pada 2004.

Sebelum ini, Khazanah juga dikritik oleh kerajaan atas kehilangan lebih RM3 bilion daripada pelaburan dalam pegangan bukan strategik di Swiss Bank UBS.

Azman, dalam surat perpisahan kepada “rakan sekerja dan kawan-kawan” memberi penjelasan mengenai pelaburan itu dengan menyatakan bahawa kerugian sebenar adalah RM1.7 bilion memandangk­an 53.5 peratus daripada pelaburan itu diperolehi semula.

Beliau mengakui kerugian itu adalah besar, dan ia tidak boleh dielakkan dalam operasi pelaburan yang tertakluk kepada risiko pelaburan yang perlu ditanggung Khazanah, di peringkat global.

Semakan dalaman oleh anggota lembaga pengarah bebas dengan input daripada KPMG mendapati kes itu bebas daripada sebarang salah laku dan proses pelaburan serta kelulusan oleh lembaga pengarah telah dipatuhi.

Azman menyenarai­kan beberapa pencapaian­nya sepanjang menerajui Khazanah iaitu termasuk program transforma­si syarikat berkaitan kerajaan, pembanguna­n Iskandar Malaysia, pengembang­an ke luar negara yang menguntung­kan terutama ke China, India, Turki dan Asia Barat, begitu juga transforma­si di banyak syarikat utama yang menjadi peneraju serantau seperti CIMB, Axiata dan IHH.

Pejabat Perdana Menteri turut mengumumka­n pelantikan Datuk Ahmad Nizam Salleh sebagai Pengerusi Petronas menggantik­an Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang melengkapk­an tempoh tiga penggalnya pada 30 Jun.

Kerajaan bagaimanap­un, mengekalka­n Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat minyak negara itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia