Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Raya Farley Kota Samarahan kini ejen BSN

-

KOTA SAMARAHAN: Pasar Raya Farley Kota Samarahan kini secara rasmi menjadi ejen Bank Simpanan Nasional (BSN).

Majlis perasmian itu disempurna­kan Pengerusi Majlis Perbandara­n Kota Samarahan Dato Peter Minos ditemani Datin Emy Minos, Pengarah Farley (KS) Sdn Bhd Lau Siew Whye, Pengurus Farley Eiseng Lau, Ketua Operasi BSN Sarawak Harjimi Bojeng, Ketua Seksyen Deposit dan Transaksi Perbankan BSN Sarawak Anarita Rabai’e dan tetamu kehormat lain.

Sehubungan itu, Farley Kota Samarahan kini menawarkan perkhidmat­an perbankan kepada pelanggan bagi pihak BSN.

Melalui ejen BSN, pelanggan boleh melakukan pelbagai transaksi perbankan dengan mudah dan selamat di Farley Kota Samarahan.

Antara kelebihan ejen BSN, waktu operasi yang fleksibel dan lebih panjang, transaksi dilakukan secara atas talian dan dalam masa nyata, tidak perlu beratur di bank dan lebih mudah dan cepat.

Oleh itu, pelanggan boleh mendapatka­n perkhidmat­an seperti simpanan, pengeluara­n, pembayaran bil, Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN, pembayaran tanpa tunai, pembukaan akaun dan tambah nilai di Farley Kota Samarahan.

Bersempena majlis perasmian itu juga, Farley dan BSN menganjurk­an pertanding­an ratu cantik Miss Farley 2018 yang menyaksika­n 50 jelitawan menyertain­ya.

Daripada jumlah itu 20 finalis dipilih pada malam kemuncak pertanding­an tersebut malam kelmarin yang menyaksika­n gadis Kelabit dari Baram, Jzjoanaskk­i Enni Jugah Bala, 17, dinobatkan sebagai Miss Farley 2018.

Miss Farley membawa pulang baucar Farley RM1,000, SSP BSN RM500, piala, selempang, bunga dan hamper.

Naib juara pula dimenangi Isfa Natasha Baki, 20, dengan membawa pulang baucar Farley RM800, SSP BSN RM400,

 ??  ?? RASMI: Minos memukul gong tanda simbolik pelancaran Pasar Raya Farley Kota Samarahan sebagai Ejen Bank Simpanan Nasional sambil disaksi (dari kanan) Eisang, Lau, Emy dan Harjimi.
RASMI: Minos memukul gong tanda simbolik pelancaran Pasar Raya Farley Kota Samarahan sebagai Ejen Bank Simpanan Nasional sambil disaksi (dari kanan) Eisang, Lau, Emy dan Harjimi.
 ??  ?? RATU FARLEY: Minos ditemani Emy merakam kenangan bersama Jzjoanaskk­i yang dinobatkan sebagai Miss Farley 2018.
RATU FARLEY: Minos ditemani Emy merakam kenangan bersama Jzjoanaskk­i yang dinobatkan sebagai Miss Farley 2018.
 ??  ?? TANDA KENANGAN: Eisang menyampaik­an cenderahat­i kepada Minos sambil disaksi (dari kanan) Lau, Emy dan Harjimi.
TANDA KENANGAN: Eisang menyampaik­an cenderahat­i kepada Minos sambil disaksi (dari kanan) Lau, Emy dan Harjimi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia