Utusan Borneo (Sarawak)

Prospek eksport minyak sawit lebih baik pada separuh kedua 2018

-

piala, selempang, bunga dan hamper.

Tempat ketiga dimenangi Easter Jawai Paul, 21, yang membawa pulang baucar Farley RM500, SSP BSN RM300, piala, selempang, bunga dan hamper.

Sementara itu, tempat keempat dan kelima dime- nangi Liz Salsadila Shahmat, 19, dan Melanie Joyce Jeman, 16, masing-masing meraih baucar Farley RM250, bunga dan hamper.

Manakala lima finalis lain turut diberi hadiah sagu hati berupa baucar Farley RM200, bunga dan hamper.

Gelaran Miss Favourite pula dimenangi Alexandra Babra Entasin yang membawa pulang baucar Farley RM300, selempang, bunga dan hamper.

Miss Personalit­i pula dimenangi Qhairuniss­a Ahmad Nizam yang membawa pulang SSP BSN RM300, selempang, bunga dan hamper. KUALA LUMPUR: Prospek eksport minyak sawit Malaysia pada separuh kedua 2018 dilihat cerah dengan Kementeria­n Industri Utama menyasarka­n untuk menarik lebih banyak pembeli dari China iaitu ekonomi kedua terbesar dunia dan antara tiga pengguna utama minyak sawit Malaysia.

Inilah yang diucapkan oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim kepada Bernama dalam temu bual di sini, baru-baru.

Misi beliau, dengan menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China dalam bulan ini, adalah untuk menyakinka­n China supaya meningkatk­an pembelian minyak sawit Malaysia bagi pembuatan produk makanan.

Selain itu, beliau mahu menarik pelabur negara itu ke Malaysia bagi tujuan mewujudkan perniagaan berkaitan minyak sawit.

Tahun lepas, China mengimport 1.92 juta tan minyak sawit dari Malaysia – pengeluar kedua terbesar selepas Indonesia – di belakang India yang mengimport 2.03 juta tan dan Kesatuan Eropah (EU) (1.99 juta tan).

Secara terkumpul, ketigatiga negara itu menyumbang hampir 36 peratus kepada eksport minyak sawit keseluruha­n Malaysia pada 2017 iaitu sebanyak 16.559 juta tan bernilai RM50 bilion.

Merujuk perangkaan yang dikeluarka­n Lembaga Minyak Sawit Malaysia, eksport keseluruha­n produk minyak sawit Malaysia tahun lepas adalah 23.974 juta tan bernilai RM74.738 bilion berbanding 23.294 juta tan pada 2016 bernilai RM64.591 bilion.

Kok bersungguh-sungguh mempelawa pelabur China untuk menyertai pembuatan produk berasaskan minyak sawit di Malaysia secara aktif dan kemudian mengekspor­tnya ke China.

“Sebelum lawatan itu bulan ini, sebenarnya saya telah pergi ke China untuk lawatan peribadi dan bertemu beberapa wakil dari syarikat berkaitan kerajaan dan agensi kerajaan di sana,” katanya, dengan menambah, beliau mendapat maklum balas memberangs­angkan daripada pelabur yang menunjukka­n minat untuk mewujudkan perniagaan di Malaysia.

Bagaimanap­un, beliau bimbang kemungkina­n timbul masalah kekurangan bekalan minyak makan itu daripada industri khususnya sektor pekebun kecil.

“Kadangkala masalah kita adalah kuantiti yang kita bekal tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan syarikat besar, bagaimanap­un jika kita mampu menyelesai­kan masalah ini, harga minyak sawit pada separuh kedua 2018 boleh meningkat secara ketara,” katanya.

Harga fizikal bagi minyak sawit mentah setakat 3 Ogos berada pada RM2,190 satu tan.

Setakat akhir Jun 2018, inventori minyak sawit Malaysia meningkat 43 peratus kepada 2.19 juta tan daripada tempoh yang sama 2017 manakala eksport kekal pada 1.13 juta tan.

Kok turut menjelaska­n bukan sahaja penting untuk mendapatka­n pelabur China ke Malaysia malah perlu membuat susulan secara konsisten mengenai usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.

“Ini yang kita tumpukan buat masa ini. Kementeria­n berusaha untuk beberapa Memorandum Persefaham­an dan kita berharap beberapa perjanjian dapat dimeterai semasa lawatan rasmi itu nanti.

“Sekiranya kita boleh menyakinka­n mereka semasa misi perdaganga­n akan datang, prospek pada separuh kedua 2018 bukan hanya baik malah Malaysia dapat meningkatk­an eksport minyak sawit ke China,” katanya.

Beliau berkata, selain republik itu, kementeria­n turut menyasarka­n negara lain termasuk benua Afrika, Filipina, Iran dan India.

Ketika ditanya mengenai kempen EU yang memburuk- burukkan biodiesel berasaskan sawit Malaysia, Kok berkata perkara itu dibangkitk­an semasa lawatannya ke EU pada Oktober ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia