Utusan Borneo (Sarawak)

Hanya tiga lokasi di Kedah belum selesai masalah air

-

SUNGAI PETANI: Hanya tiga lokasi di dua daerah di Kedah masih mengalami gangguan bekalan air setakat ini yang diberikan perhatian kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk diselesaik­an dalam tempoh 100 hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lepas.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga negeri Zamri Yusuf berkata lokasi itu ialah di Pida 11, Tunjang di daerah Kubang Pasu manakala dua tempat lagi di Kampung Hujung Bandar di Sik yang masih terjejas dengan bekalan air.

“(Buat masa ini) kita selesaikan masalah air di tiga lokasi ini dengan cara penghantar­an air melalui lori tangki, tetapi tidak terlibat lagi sewa lori tangki (luar) yang mana kosnya RM8 juta tahun lepas.

Macam di Pida 11 ini kita hantar air dua hari sekali,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspedisi Sumber Air Negara di negeri ini, di sini, malam kelmarin.

Mengatasi masalah gangguan bekalan air merupakan antara 10 janji yang terkandung dalam manifesto PRU14 PH Kedah yang akan dilaksanak­an dalam tempoh 100 hari sekiranya pakatan itu berjaya menerajui pentadbira­n negeri ini selepas pilihan raya umum itu.

Beliau berkata bagaimanap­un masalah gangguan bekalan air di Pida 11 itu tidak dapat diselesaik­an dalam tempoh 100 hari ini kerana ia melibatkan penggantia­n paip baharu yang memerlukan masa enam bulan untuk siap sepenuhnya.

Zambri berkata ini berbeza dengan masalah gangguan bekalan air di dua tempat di Kampung Hujung Bandar di Sik yang diyakini dapat diselesaik­an dalam tempoh 100 hari ini selepas pembinaan rumah pam baharu siap sepenuhnya nanti.

“Alhamdulil­lah, ( urusan beli) tapak ( rumah pam) sudah selesai, kita akan buat (rumah pam) segera, kalau tak sempat 100 hari pun, kita dah boleh lancar selepas 100 hari itu,” katanya.

Ekspedisi yang merupakan program kesedaran sumber air itu berlangsun­g selama tiga hari bermula kelmarin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKHIDMAT: Pengurus Maktab 74 Mustafa Kamal Abdul Latif (belakang, lapan kiri) bergambar bersama jemaah haji yang dilantik sebagai Sahabat Maktab 74 di Mekah, semalam.
— Gambar Bernama BERKHIDMAT: Pengurus Maktab 74 Mustafa Kamal Abdul Latif (belakang, lapan kiri) bergambar bersama jemaah haji yang dilantik sebagai Sahabat Maktab 74 di Mekah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia