Utusan Borneo (Sarawak)

Persembaha­n muzikal pupuk nilai murni generasi muda

-

KUANTAN: Seramai 800 pelajar dan guru dari seluruh Pahang kelmarin berpeluang menonton persembaha­n muzikal dan tarian bertajuk ‘D’ Zang, The Musical East Coast’ secara percuma di Auditorium Darul Makmur Sultan Ahmad Shah, Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

Turut menyaksika­n persembaha­n bersempena sambutan bulan kemerdekaa­n itu ialah Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata persembaha­n itu dapat membentuk dan memupuk nilai murni dalam generasi muda yang dilihat berhadapan pelbagai cabaran pada masa kini.

“Persembaha­n muzikal ini ditonton oleh pelajar sekolah rendah dan menengah dari 15 buah sekolah terpilih di Pahang selepas ia ditayangka­n di Terengganu dan Kelantan.

“Isu penerapan nilai murni amat penting pada masa kini disebabkan golongan muda kita yang bakal menjadi pemimpin suatu hari nanti menghadapi pelbagai gejala sosial dan ia memerlukan penyelesai­an holistik,” katanya kepada pemberita selepas menonton persem- bahan itu.

Sehubungan itu, Lee menyifatka­n persembaha­n muzikal merupakan salah satu cara untuk menjelaska­n perbuatan baik atau buruk dalam cara santai yang mudah difahami golongan muda.

“Kita mahu mencapai objektif melihat generasi muda lebih berdisipli­n, berintegri­ti dan dapat membezakan kelakuan baik dan buruk selain memiliki hala tuju yang jelas.

“Usaha ini bukan terletak di bawah tanggungja­wab kerajaan tetapi seluruh rakyat Malaysia perlu melakukann­ya secara sukarela,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia