Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan kerana kecuaian seorang, satu kampung tanggung derita

-

SEMPORNA: Masyarakat di seluruh penempatan negeri ini khususnya atas air dinasihatk­an sentiasa berhati-hati agar tidak disebabkan kecuaian seorang sehingga menyebabka­n satu kampung menanggung akibatnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, penduduk perlu menjaga keselamata­n di setiap penempatan masing-masing khususnya dari segi kebakaran dan kesihatan.

“Jangan membakar sampah sesuka hati, menyambung­kan wayar elektrik tidak mengikut peraturan... kalau terbakar semuanya hilang.

“Penduduk perlu mengambil iktibar agar kejadian kebakaran tidak berulang,” katanya dalam ucapan ketika mengadakan lawatan kepada mangsa-mangsa kebakaran Kampung Air, di sini pada Sabtu.

Ketika ditemui beliau menjelaska­n usaha kerajaan untuk mengurus tadbir kawasan penempatan setinggan secara teratur di seluruh negeri memerlukan tempoh masa yang lama.

Katanya, usaha penyusunan itu bukan melibatkan jumlah kecil kerana masalah setinggan yang perlu diatasi turut melibatkan kawasan bandar utama.

“Pada hari ini contohnya ada beberapa dan mungkin lebih daripada 1,000 kampung menjadi setinggan, kalau kita tidak urus dengan baik, mungkin di masa depan ia boleh menjangkau jumlah 50,000.

“Oleh itu, keselamata­n dan kesihatan penduduk perlu dikawal dengan baik kerana sekiranya tidak diatasi ia boleh memberikan beban kepada rakyat dan kerajaan,” katanya.

Shafie yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan mahukan rakyat tempatan tinggal dalam keadaan baik dengan mempunyai tanah masing-masing dan bukannya tinggal dalam setinggan.

Katanya, semua usaha itu memerlukan rancangan yang rapi dengan satu tempoh masa yang lama.

 ??  ?? AMBIL IKTIBAR: Shafie (tengah) melawat mangsa-mangsa kebakaran Kampung Air di Semporna.
AMBIL IKTIBAR: Shafie (tengah) melawat mangsa-mangsa kebakaran Kampung Air di Semporna.
 ??  ?? INDUSTRI HILIRAN: Wilfred (dua kanan) dan tetamu kehormat lain mengunjung­i gerai jualan produk makanan tempatan pada pesta berkenaan.
INDUSTRI HILIRAN: Wilfred (dua kanan) dan tetamu kehormat lain mengunjung­i gerai jualan produk makanan tempatan pada pesta berkenaan.
 ??  ?? MATI: Rusa yang cedera dilanggar kenderaan dilaporkan mati akibat pendarahan yang banyak.
MATI: Rusa yang cedera dilanggar kenderaan dilaporkan mati akibat pendarahan yang banyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia