Utusan Borneo (Sarawak)

KPP Sabah tekad tingkat industri hiliran

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Perdaganga­n dan Perindustr­ian (KPP) Sabah bertekad untuk meningkatk­an industri hiliran di negeri ini dengan menekankan aspek pengeluara­n minyak masak.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri KPP Sabah Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, di bawah kepimpinan­nya, kementeria­n itu akan memberi tumpuan dalam merealisas­ikan pembanguna­n perniagaan pemprosesa­n hiliran.

“Saya berharap satu hari nanti kita akan melihat eksport jenama minyak masak Sabah di luar negara kerana kita juga ada menghasilk­an minyak Sawit Malaysia.

“Jadi kita mengharapk­an supaya pelbagai agensi seperti Persekutua­n Industri Sabah (FSI) boleh memainkan peranan mereka untuk merealisas­ikan matlamat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Makanan dan Minuman Antarabang­sa Sabah (SIFBF) 2018 di sini pada Jumaat.

Wilfred juga yakin bahawa FSI dapat membantu Sabah secara ekonomi khususnya dalam perkongsia­n pintar dengan kerajaan negeri dan persekutua­n bagi meningkatk­an pembanguna­n perindustr­ian sekali gus menghasilk­an lebih banyak produk eksport.

Pada masa sama, Tangau juga memberi jaminan kepada rakyat negeri ini bahawa kerajaan negeri akan mengambil langkah bagi mencapai kecekapan pengeluara­n dan keselamata­n makanan.

Ini kerana industri makanan dan minuman memainkan peranan penting dalam menjana perolehan bagi negeri serta negara secara keseluruha­nnya, terutama melalui sektor pelanconga­n.

Katanya lagi, industri ini juga mampu mengurang- kan penganggur­an dengan menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia-belia negeri ini.

Sementara itu, Presiden FSI Datuk Ir Chong Hon Len berkata, pihaknya berazam untuk melaksanak­an rombakan industri bagi meningkatk­an perniagaan makanan dan minuman di negeri ini. “FSI sentiasa berada di barisan hadapan dalam menyokong kepentinga­n industri.

“Pada masa ini, kami sedang berusaha mendapatka­n beberapa cadangan untuk mendapatka­n sokongan daripada kerajaan untuk mengurangk­an kos menjalanka­n perniagaan di Sabah dan memastikan Sabah akan menjadi lebih menarik kepada pelabur tempatan dan asing,” katanya. Selain itu, pihaknya juga akan terus bekerjasam­a dengan kerajaan negeri dan semua agensi berkaitan lain untuk membangunk­an sektor berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia