Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda digalak guna sistem E-wallet

-

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong menggalakk­an rakyat setempat terutama generasi muda untuk terlibat secara aktif dalam E-bisnes dengan menggunaka­n sistem E-wallet dan aplikasi telefon bimbit.

Beliau berkata, berikutan dunia kini menuju ke arah era digital, Sandakan turut menjalanka­n satu projek untuk meningkatk­an ekonomi dan pelanconga­n dengan kerjasama aplikasi Oyeah, E-wallet dan persatuan pelanconga­n.

Ketiga- tiga syarikat telah memberi penerangan mengenai kemudahan dan kelainan aplikasi itu kepada Calvin.

Oyeah merupakan aplikasi beli-belah dalam talian dan boleh membawa pelanggan ke destinasi yang diingini selain terdapat banyak kelainan dalam aplikasi tersebut yang memudahkan pengguna termasuk penduduk Sandakan dan pelancong yang datang melancong ke daerah ini.

Sementara itu, E- wallet merupakan aplikasi seperti mana Alipay yang digunakan oleh negara China. Ia melibatkan pembayaran tanpa tunai dan merupakan satu sistem yang selamat dan senang bagi pengguna aplikasi atau para peniaga. Aplikasiap­likasi yang terdapat dalam pasaran adalah seperti Boost, Touch and Go, CIMB Pay dan sebagainya.

Persatuan Pelanconga­n Sandakan juga akan bekerjasam­a dengan beberapa syarikat untuk meningkatk­an pelanconga­n dan ekonomi di Sandakan.

Sehubungan itu, Calvin berharap agar akan ada penerbanga­n dari luar negara terus ke Sandakan.

Seminar mengenai E-wallet untuk para peniaga akan dilancarka­n pada September.

 ??  ?? LEBIH MUDAH: Calvin (tengah) bersama Audrey Yee dari OnePay Solution.
LEBIH MUDAH: Calvin (tengah) bersama Audrey Yee dari OnePay Solution.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia