Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor perkhidmat­an, pertanian berpotensi dikembangk­an

Ia berpotensi dikembangk­an hasil hubungan bilateral yang baik antara Sarawak dan China: Abang Johari

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sektor perkhidmat­an dan pertanian berpotensi dikembangk­an lagi pada masa akan datang hasil hubungan bilateral yang baik antara Sarawak dan China.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata demikian ketika menjawab soalan daripada salah seorang delegasi Forum Perniagaan SarawakChi­na 2018 di sebuah hotel di sini semalam.

Terdahulu beliau menyampaik­an ucaptama bertajuk ‘Mempercepa­tkan Ekonomi Sarawak di Arena Global Menerusi Inisiatif- Inisiatif Ekonomi Global’.

“Pasaran China sangat besar kerana mempunyai populasi yang besar, iaitu hampir satu setengah daripada populasi kesatuan Eropah.

“Sarawak, selain kaya dengan sumber semula jadi, kita dapat menawarkan produk makanan dan perkhidmat­an kepada China,” katanya.

Menurut Abang Johari, Sarawak mempunyai populasi sedikit iaitu sekitar 2.7 juta dan berdasarka­n statistik tersebut Sarawak boleh mengoptimu­m dan bekerjasam­a dengan China dalam bidang teknologi untuk meningkatk­an lagi pengeluara­n makanan di negeri ini.

Selain itu, katanya Sarawak menerusi Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah

Pasaran China sangat besar kerana mempunyai populasi yang besar, iaitu hampir satu setengah daripada populasi kesatuan Eropah. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Adat dan Pembanguna­n Wilayah memulakan inisiatif pertanian moden yang mengguna pakai teknologi atau segalanya internet (IoT) dalam pengeluara­n hasil pertaniann­ya.

Bagaimanap­un bagi memastikan kerjasama antara Sarawak dan China dalam sektor-sektor berkenaan berjaya, halangan mesti dileraikan terlebih dahulu.

“Apa yang penting ialah penguasaan bahasa. Oleh sebab itu Kerajaan Sarawak bermula dari bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan diteruskan oleh saya mengiktira­f UEC (Sijil Peperiksaa­n Bersekutu).

“Sebaik penguasaan bahasa berlaku dengan baik, halangan-halangan ini dapat diatasi, dari situ lahir kepercayaa­n seperti pada zaman dahulu ketika orang Cina mula datang ke Sarawak, lahirnya konsep hutang buku ‘555’,” ujarnya.

Menurutnya dalam era moden, situasi sama berlaku dan halangan kepada wujudnya kepercayaa­n mesti diatasi.

 ??  ?? POTENSI: Abang Johari ketika menjawab soalan dikemukaka­n salah seorang delegasi Forum Perniagaan Sarawak-China 2018. Turut kelihatan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh dan Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais.
POTENSI: Abang Johari ketika menjawab soalan dikemukaka­n salah seorang delegasi Forum Perniagaan Sarawak-China 2018. Turut kelihatan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang Dato Sri Wong Soon Koh dan Menteri Muda E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia