Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Ketua Masyarakat dan Kaum bagi daerah Mukah akan ditubuh

-

MUKAH: Majlis Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi daerah Mukah bakal ditubuhkan bagi memperkasa institusi serta keberkesan­annya.

Menurut Ketua Masyarakat Mukah Temenggung Hendi Suhai, ia bakal memartabat­kan institusi kepimpinan para ketua masyarakat dan ketua kaum khususnya di daerah Mukah.

“Jelas majlis ini ditubuhkan bertujuan sebagai wadah perkongsia­n pengalaman, pandangan serta idea dalam kalangan KMKK,” katanya pada mesyuarat pertama penubuhan majlis itu di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Mukah baru-baru ini.

Hendy yang mempengeru­sikan mesyuarat tersebut turut menyifatka­nnya sebagai saluran untuk mengupas permasalah­an yang dihadapi ahli atau komuniti secara berhemah dan inklusif.

Perkara itu kata beliau, akan menjurus ke arah perpaduan, kerjasama dan keharmonia­n dalam menggapai kesejahter­aan semua ahli komuniti.

“Turut tidak terlepas adalah fokus kepada kebajikan ahli KMKK dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Malah majlis itu juga sebagai perantaraa­n utama dan tuntas antara pejabat residen, pejabat daerah, jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan di daerah Mukah.

Hendi pada majlis berkenaan bertindak sebagai penasihat bersama Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili sementara Pengerusin­ya Pemanca Mohamad Jali Kawi.

Timbalan Pengerusi Satu ialah Kapitan Kang Boon Fong, manakala Timbalan Pengerusi Dua Penghulu Iju Tutong.

Setiausaha dijawat Penghulu Ahmad Mahmud Zakriah, Penolong Setiausaha pula Ketua Kaum Mohamad Asrar Nani dan jawatan bendahari disandang Besiri Keri.

 ??  ?? SEDIA BERKHIDMAT: Hendi (duduk, tengah) bersama yang lain selesai mesyuarat pertama Majlis KMKK Daerah Mukah.
SEDIA BERKHIDMAT: Hendi (duduk, tengah) bersama yang lain selesai mesyuarat pertama Majlis KMKK Daerah Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia