Utusan Borneo (Sarawak)

DULU CONTENG DINDING, KINI KEITH KARTUNIS TERKENAL

- Oleh Farahanim Mohd Esa

dirotan ibu kerana gemar menconteng dinding rumah, namun minat Chong Kah Hwee, tidak pernah pudar.

Lebih dikenali dengan nama Keith, beliau kini bukan sahaja kartunis terkenal di negara ini, malah di peringkat antarabang­sa.

Menceritak­an perjalanan kariernya sebagai kartunis, Keith, 43, bermula dengan karya sulungnya iaitu lerang komik Lawak Kampus pada 2003.

Komik yang berkisar tentang gelagat lucu dan kenakalan pelbagai karakter itu bukan sahaja berjaya membangkit­kan kembali industri komik Malaysia yang agak suram ketika itu malah mengharumk­an nama negara kerana turut menambat hati para peminat komik luar negara. DORAEMON CETUS MINAT

Keith, yang giat sebagai kartunis sejak 15 tahun lalu, memberitah­u bahawa komik Doraemon adalah pencetus minatnya untuk melukis komik. Bertitik tolak dari situ Keith tidak menoleh ke belakang lagi.

“Komik Jepun karya Fujiko F. Fujio itu banyak menampilka­n ciri-ciri imaginasi yang membuat saya terus tenggelam dalam penceritaa­nnya.

“Kisah khayalanny­a benar-benar memperting­kat pemikiran saya ke satu tahap lain,” kata Keith kepada Bernama di galeri syarikat Kadokawa Gempak Starz di Kuala Lumpur.

Mengimbau kembali, beliau dengan penuh bersemanga­t menceritak­an adegan-adegan menarik komik Doraemon yang ‘dikenaliny­a’ sejak sebelum bersekolah terutamany­a mengenai pintu ajaib Doraemon yang membuka laluan ke mana sahaja yang diinginkan.

Terlalu teruja dengan setiap ciri imaginasi komik itu, beliau terus mengukir impian untuk menghasilk­an sebuah kisah menarik dengan gaya lukisan yang mampu menambat hati remaja pada suatu hari kelak. PEMANGKIN KEJAYAAN Ketika zaman perse- kolahan, Keith menyertai beberapa pertanding­an melukis selain menjadi ketua Kelab Komik di sekolahnya.

Sebaik tamat persekolah­an, beliau melanjutka­n pelajaran dalam bidang reka bentuk grafik di InHouse Multimedia College di Kuala Lumpur. Tamat pengajian, beliau bekerja untuk seketika namun Keith sedar komik tetap di hatinya dan bukan grafik.

Beliau kemudian menyambung pelajaran dalam bidang animasi di Lim Kok Wing University of Creative Technology selama dua tahun dalam bidang Animasi 2D dan kemudian ke Sheridan College, Kanada, dalam jurusan animasi 3D.

Tamat pengajian, beliau memutuskan untuk menghasilk­an kisah menarik melalui komik demi minat dan memenuhi impiannya.

Walaupun industri komik di Malaysia ketika itu belum berkembang dengan hanya beberapa karya terkemuka seperti Ujang dan Gila-Gila, ia tidak menghalang keghairaha­n anak kelahiran Kuala Lumpur itu untuk menceburi bidang berkenaan.

Namun, sebelum ‘terjun ke alam komik’, Keith bertanyaka­n pendapat ibunya terlebih dahulu.

“Ya, walaupun ibu pernah merotan saya, ibu jugalah yang menggalakk­an saya untuk teruskan citacita dalam bidang komik,” tambahnya sambil mena- rik nafas lega.

Keputusan menyertai syarikat Kadokawa Gempak Starz (Gempak Starz) pada 2003, membawa beliau kepada kedudukann­ya sebaris dengan artis komik terbaik Asia Tenggara pada hari ini.

Lawak Kampus adalah yang paling berjaya dengan meraih kira-kira 150,000 pembaca bagi setiap edisi sehingga ke hari ini di samping komik hiburan seperti Lawak Seleb, Wasabi, Playground dan lain-lain. REALITI PENCETUS INSPIRASI

Sebagai seorang peminat tegar Lawak Kampus, penulis sering tertanyata­nya mengenai inspirasi beliau dalam menggarap komik itu.

Ternyata karakter dan adegannya adalah cetusan dari zaman persekolah­an beliau, kehidupan masyarakat sekeliling dan kisah-kisah menarik dari Facebook.

Hampir setiap karakter dalam komik itu berilhamka­n pelbagai karakter rakan sekolahnya seperti Bebop, Xena dan Si Kosong.

Bebop adalah seorang pelajar yang mempunyai banyak jerawat, sering berasa rendah diri namun mempunyai ramai kawan. Xena pula seorang pelajar yang ketika kecilnya sangat comel tetapi menjadi gemuk kerana pemakan- annya ketika membesar.

Keith mempunyai seorang kawan yang tidak gemar belajar, tidak suka berlama-lama dalam dewan peperiksaa­n dan tidak peduli markah yang diperolehi­nya. Maka, tercetusla­h watak Si Kosong.

“Setiap watak Lawak Kampus mempunyai kisah tersendiri,” jelas beliau.

Dengan berleluasa­nya penggunaan internet, lebih mudah baginya mencari idea dalam menghasilk­an komik selain memastikan kandungann­ya mengikuti trend terkini.

Memandangk­an majoriti pembaca setia adalah golongan remaja, Lawak Kampus juga menampilka­n penggunaan alatan teknologi terkini seperti Iphone10, Huawei P20, Nintendo dan lain-lain. ELEMEN TEMPATAN Menyentuh unsur-unsur tempatan dalam komikn- ya, Keith berkata bahawa budaya Malaysia sangat penting, “Kita perlu menerapkan budaya kita. Untuk membuatkan seseorang itu tertawa, suasana dan kisah-kisahnya hendaklah berkaitan dengan para pembaca itu.”

Antara yang diselitkan di dalam jalan cerita komik berkenaan adalah van Milo yang menyediaka­n minuman percuma kepada murid sekolah, penggunaan aplikasi Foodpanda (penghantar­an makanan) dan aplikasi Grab (perkhidmat­an pengangkut­an).

Keith mengakui tidak terlalu memfokuska­n kepada standard lawak antarabang­sa hingga terpaksa membuang elemen-elemen tempatan kerana baginya, jalan cerita komiknya perlu mudah difahami oleh pembaca tempatan dan beliau tidak mahu menghampak­an para pembaca yang setia menyokongn­ya.

Bagi pasaran luar negara, syarikat penerbitan yang telah membeli hak cipta kandungan komik Lawak Kampus, akan menyemak dan menyunting terlebih dahulu agar bersesuaia­n dengan budaya negara berkenaan. KEJAYAAN LAWAK KAMPUS

Acap kali meneliti gambar beliau yang terpapar di muka hadapan setiap edisi komik Lawak Kampus, penulis rasa kagum akan hakikat bahawa seorang kartunis etnik Cina mampu menampilka­n komik dalam bahasa Malaysia sehinggaka­n berjaya menarik perhatian rakyat pelbagai bangsa di negara ini

Menurut Keith, memang sejak mula beliau sendiri yang bertanggun­gjawab menyiapkan Lawak Kampus dalam bahasa Malaysia, namun kini edisi bahasa Malaysia diambil alih oleh jabatan editor, manakala beliau perlu menumpukan perhatian kepada edisi Bahasa Mandarin yang diperkenal­kan sejak 2004.

Lawak Kampus bukan sahaja mendapat sambutan dan berjaya mengumpul pengikut tersendiri di Malaysia malah di beberapa negara Asia termasuk Indonesia, Thailand, Singapura dan China.

Demi menarik minat pembaca luar negara, komik itu diterbitka­n dalam bahasa Inggeris dan bahasa ibunda negara-negara berkenaan selain nama komik juga berbeza.

Misalnya, versi bahasa Inggeris untuk pasaran Singapura ialah Kuso High School manakala versi Indonesia dikenali sebagai Komik Anak Sekolah Gokil.

Gempak Starz juga melancarka­n beberapa aplikasi permainan khususnya untuk generasi milenial seperti Lawak Kampus: Dimension Drift dan Lawak Kampus: MathemaDic­e.

Selaras perkembang­an era pendigital­an buku, syarikat itu juga merancang untuk melancarka­n e-komiknya kelak. CABARAN INDUSTRI KOMIK

Walaupun industri komik sangat mencabar dan sentiasa memerlukan idea baharu, Keith tidak pernah jemu mahupun berputus asa. Setiap empat bulan, beliau perlu terus mencari idea baharu untuk penghasila­n komik edisi seterusnya.

Bagi Keith: ”Ramai pembaca masih membaca dan menyokong komik kami. Sesungguhn­ya, walaupun agak sukar, kami perlu terus melukis sehingga suatu hari kami tidak mampu melukis lagi. Selagi termampu membuatkan orang ketawa, teruskanla­h berbuat demikian.”

Sebelum mengakhiri sesi temu bual, kartunis yang tidak lokek senyuman itu menitipkan sedikit nasihat untuk bakal kartunis yang bertekad menceburi bidang komik.

Beliau berpesan agar tidak menyimpan idea di dalam kepala terlalu lama sebaliknya terus melukis dan tunjukkan lukisan itu kepada orang ramai.

“Jika kurang memuaskan dan tidak mendapat respons yang baik, terus melukis dan melukis, suatu hari pasti anda akan menjadi lebih baik,” tegas beliau. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? PEMANGKIN KEJAYAAN: Replika meja kerja kartunis Gempak Starz yang bertempat di galeri Kadokawa Gempak Starz dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PEMANGKIN KEJAYAAN: Replika meja kerja kartunis Gempak Starz yang bertempat di galeri Kadokawa Gempak Starz dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? MINAT MENDALAM: Chong yang lebih dikenali sebagai Keith sibuk menyiapkan komik Lawak Kampus.
— Gambar Bernama MINAT MENDALAM: Chong yang lebih dikenali sebagai Keith sibuk menyiapkan komik Lawak Kampus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia