Utusan Borneo (Sarawak)

‘EQUANIMITY’ DIRAMPAS IKUT UNDANG-UNDANG MALAYSIA

-

PUTRAJAYA: Kapal layar mewah ‘Equanimity,’ yang dilaporkan secara meluas adalah milik ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low, dirampas mengikut prosedur betul di bawah undang-undang Malaysia, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara telah mengguna pakai bidang kuasa Admiralti Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur terhadap ‘Equanimity’ pada 6 Ogos lalu.

“Mahkamah telah mengeluark­an waran tangkap terhadapny­a,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kapal mewah ‘Equanimity’ tiba di perairan Malaysia semalam dan sedang berlabuh di Pelabuhan Klang.

Menurut Thomas, kapal mewah itu dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali pada 28 Februari susulan permohonan oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

“Rampasan itu dibuat atas inisiatif DOJ, yang menegaskan pemilikan kapal mewah itu bagi pihak Malaysia dan 1MDB (1Malaysia Developmen­t Bhd) kerana wang milik kita yang telah digunakan untuk membelinya,” katanya.

Thomas berkata, hasil daripada Perjanjian Bersama Bantuan Perundanga­n (MLA) antara Indonesia, Amerika Syarikat dan Malaysia yang diaktifkan baru-baru ini, rundingan sensitif dan rumit dilakukan di peringkat tertinggi agensi berbeza di tiga negara untuk mencapai kejayaan itu.

Antara agensi Malaysia yang terlibat dalam operasi itu ialah Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Peguam Negara, katanya.

“Kami ingin mengucapka­n berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan Indonesia dan Amerika Syarikat, terutamany­a Polis Republik Indonesia (POLRI) yang memberikan kerjasama dan usaha sama untuk membolehka­n ini dijayakan,” katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut berterima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan kerajaan Indonesia dalam membantu menyerahka­n kepada Malaysia kapal ‘Equanimity,’ yang dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia.

Dalam klip video itu, Dr Mahathir berkata sekiranya ada mana-mana pihak yang mendakwa kapal layar mewah itu adalah milik mereka, mereka perlu menunjukkk­an bukti ke atas dakwaan mereka.

Pada April lepas, mahkamah Indonesia memutuskan kapal layar itu tidak wajar dirampas dan seharusnya dikembalik­an kepada pemilik asalnya. Bagaimanap­un, kerajaan Indonesia sekali lagi merampas kapal itu pada Julai.

Pada Sabtu lepas, kerajaan Indonesia bersetuju untuk menyerahka­n kapal tersebut kepada Malaysia.

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPAS: Kapal mewah ‘Equanimity’ tiba di Terminal Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang semalam.
— Gambar Bernama RAMPAS: Kapal mewah ‘Equanimity’ tiba di Terminal Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia