Utusan Borneo (Sarawak)

GADUH DENGAN ADIK IPAR, LELAKI PARAH MENINGGAL DUNIA

-

KUCHING: Seorang lelaki yang dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS) sejak 14 Julai lalu selepas dikatakan bergaduh dengan adik iparnya disahkan meninggal dunia pagi semalam akibat kecederaan retak tempurung kepala dan pendarahan dalam otak.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Superinten­den Ismail Mahmood yang memberitah­u, kes tersebut akan dirujuk semula kepada Pegawai Pendakwa Negeri dan dicadangka­n siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh.

“Mangsa disahkan meninggal dunia sekitar jam 6.09 pagi tadi (semalam) di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUS dan kes akan dirujuk semula kepada kepada Pegawai Pendakwa Negeri untuk merujuk laporan kematian mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek yang berusia 50 tahun telah ditangkap selepas tampil menyerah diri susulan insiden tersebut yang berlaku sekitar jam 10.05 malam di sebuah rumah di Jalan Sim Kheng Hong.

“Suspek sebelum ini dijatuhkan hukuman enam tahun penjara dan dua sebatan,” katanya yang turut memberitah­u kes tersebut sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kecederaan.

Pada hari kejadian, suspek dikatakan bertengkar dengan mangsa yang ketika itu dikatakan sedang minum bersama rakan- rakannya sebelum suspek bertindak merosakkan kereta mangsa dan kemudian terus ke bilik tidurnya.

Insiden itu bagaimanap­un berakhir tragedi apabila mangsa yang tidak berpuas hati dengan suspek bertindak memarahiny­a sebelum berlaku pergelutan di antara mereka sehingga suspek disyaki memukul mangsa menggunaka­n batang paip.

Ahli keluarga yang melihat kejadian tersebut kemudian berjaya meleraikan pergaduhan tersebut dan mangsa yang berlumuran darah telah dikejarkan ke HUS oleh pihak ambulans.

Manakala suspek terus menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

 ??  ?? PILU: Ahli keluarga menunggu mayat mangsa di HUS, semalam.
PILU: Ahli keluarga menunggu mayat mangsa di HUS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia