Utusan Borneo (Sarawak)

Akibat jerebu rentas sempadan

-

KUCHING: Keadaan jerebu yang berlaku di tiga bahagian di negeri ini semalam disebabkan jerebu rentas sempadan dibawa tiupan angin dari tenggara ke timur laut Borneo akibat kejadian taufan menuju ke wilayah Pasifik.

Kontroler Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Peter Sawal berkata keadaan diburukkan lagi dengan beberapa aktiviti pembakaran terbuka di Lundu, Bau, Serian dan Sibu.

“Banyak titik panas dikesan di luar sempadan Sarawak dan arah angin telah beralih dari tenggara ke timur laut Borneo disebabkan taufan menuju ke wilayah Pasifik.

“Angin ini membawa bersama asap ke arah Sarawak dan keadaan diburukkan lagi dengan beberapa pembakaran terbuka di Lundu, Bau dan Serian manakala di Sibu berlaku pembakaran di tapak pelupusan sampah dan sisa pembinaan telah menyebabka­n bacaan Indeks Pencemaran Udara ( IPU) meningkat,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau menambah, keadaan berjerebu mula berlaku di Kuching Ahad lepas dan bacaan IPU mula menunjukka­n peningkata­n semalam.

Peter turut memberitah­u, NREB telah membekukan sepenuhnya pengeluara­n permit pembakaran terbuka sejak Julai lalu dan penarikan pembekuan hanya dibuat apabila keadaan pulih sepenuhnya.

“Kami akan menyiasat dan jika terbukti pembakaran terbuka tanpa permit dilakukan, kami akan mengenakan kompaun dengan denda maksimum RM30,000,” katanya.

Sementara itu bacaan IPU dikeluarka­n Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman webnya, setakat jam 5 petang semalam mendapati Kuching, Samarahan dan Sibu masing-masing mencatat bacaan 69, 59 dan 60.

Ia berbanding bacaan IPU di ketiga-tiga tempat itu masing-masing, 71, 62 dan 59 pada jam 12 tengah hari, hari sama.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

 ??  ??
 ??  ?? PETER
PETER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia