Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda nafi rompak wanita dan miliki senjata berbahaya

-

Seorang pemuda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan merompak seorang wanita dan memiliki sebilah pisau lipat tanpa kebenaran sah.

Mohammad Shafiq Azwan Razaman, 24, dari Bandar Baru Permyjaya telah didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan rompakan dengan merompak Felicia Janggot, 31, hingga menyebabka­n kecederaan kepada mangsa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 3.30 petang, 20 Julai lalu di kawasan belakang sebuah bank di Pusat Komersil Boulevard di sini.

Selain itu, tertuduh turut menghadapi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak kurang dari lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun.

Menurut pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah pisau lipat berukuran 28 sentimeter panjang tanpa kebenaran sah dan disembunyi­kan di dalam poket seluarnya.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat yang sama.

Setelah mendengar pengakuan tidak bersalah tertuduh, Hakim Steve Ritikos kemudian menetapkan 7 September depan untuk pengurusan kes.

Manakala perbicaraa­n lanjut ditetapkan selama lima hari bermula 7 hingga 11 Januari 2019.

Sementara itu, tertuduh yang gagal mengemukak­an jaminan tunai RM10,000 berserta seorang penjamin tempatan diperintah­kan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia