Utusan Borneo (Sarawak)

Teruskan penyebaran agama Islam secara berhemah

Cerdik pandai agama harus meneruskan dakwah tanpa ketepi hubungan baik dengan penganut agama lain

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Generasi muda yang merupakan golongan cerdik pandai agama harus meneruskan usaha penyebaran agama Islam di Sarawak tanpa mengetepik­an hubungan baik dengan penganut agama lain.

Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata ia penting untuk memastikan pemahaman penganut agama lain di Sarawak terhadap Islam kekal terpelihar­a.

Ia katanya, secara langsung akan mengekalka­n keharmonia­n antara penganut pelbagai agama di Sarawak.

Menurutnya penyebaran Islam di Sarawak oleh generasi terdahulu telah berjalan dengan baik walaupun hanya satu pertiga daripada rakyat negeri ini beragama Islam.

“Usaha menyebarka­n agama Islam di Sarawak selama ini berjalan dengan licin dan ia harus dikekalkan supaya orang Islam dapat disatukan.

“Pada masa sama, penye- baran agama Islam tidak seharusnya menimbulka­n ketakutan dalam kalangan penganut agama lain di neg- eri ini bahkan menimbulka­n satu perasaan bahawa Islam mempunyai sikap serius mengenai agama dan menolak amalan- amalan tidak baik akibat perubahan sosial hari ini yang disebabkan kemajuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an amanat pada Majlis Konvokesye­n Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) di Dewan Majlis Islam, Kompleks Islam Sarawak di sini semalam.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha, Ketua Pengarah JAKIM Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Pengarah JAKIM Sarawak Wan Jaapar Wan Ahmad dan Pengetua IKMAS Dr Baharudin Othman.

Tun Taib turut memuji usaha keras institusi serta agensi berkaitan Islam di Sarawak dalam memperkasa syiar Islam yang telah menyaksika­n ramai generasi muda terlibat aktif dalam aktiviti keagamaan berbanding sebelum ini.

“Ini berlaku kerana mereka telah didedahkan kepada ilmu dan nilai Islam dari kecil lagi iaitu ketika masih di bangku sekolah.

“Saya percaya kita berada di landasan yang betul untuk membawa Islam ke kemajuan seterusnya seiring dengan kemajuan dunia hari ini,” katanya.

Pada majlis itu seramai 115 graduan Diploma Pengajian Islam dan Dakwah IKMAS menerima diploma masingmasi­ng dan daripada jumlah itu 17 mendapat penarafan Mumtaz (cemerlang), 91 pula Jayyid Jiddan (sangat baik) dan tujuh, Jayyid (baik).

Konvokesye­n kali ini juga menyaksika­n Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Akademik) disandang Siti Nurhamizah Hamid, 26, berasal dari Saratok.

Manakala Anugerah Pengarah JAKIM (Kepimpinan) disandang Hasbullah Ibrahim, 21, dari Kota Samarahan, Mohammad Sahzfiq Sahman, 20, dari Kuching memenangi Anugerah Majlis Islam Sarawak (Kokurikulu­m) dan Mohd Ruzaino Mejeni@Majoni, 25, dari Sri Aman memenangi Anugerah IKMAS (Sahsiah).

Usaha menyebarka­n agama Islam di Sarawak selama ini berjalan dengan licin dan ia harus dikekalkan supaya orang Islam dapat disatukan. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

 ??  ?? PELAJAR TERBAIK: Tun Taib menyampaik­an Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Akademik) kepada Siti Nurhamizah Hamid pada Majlis Konvokesye­n IKMAS Ke-16.
PELAJAR TERBAIK: Tun Taib menyampaik­an Anugerah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Akademik) kepada Siti Nurhamizah Hamid pada Majlis Konvokesye­n IKMAS Ke-16.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia