Utusan Borneo (Sarawak)

Pengakap Sarawak perlu sumbangan semua pihak untuk jalankan aktiviti

-

KUCHING: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tokoh dan syarikat korporat serta individu dialu-alukan untuk menyumbang kepada badan Pengakap Sarawak.

Presiden Persatuan Pengakap Sarawak (PPS) Tan Sri William Mawan Ikom berkata sumbangan tersebut amat diperlukan untuk membolehka­n pengakap di seluruh Sarawak menjalanka­n aktiviti bagi ahlinya.

“Kami amat berterima kasih sekiranya ada pihak yang tampil menghulurk­an sumbangan.

“Ini akan membantu dari segi keperluan kewangan kami termasuk untuk menjalanka­n pelbagai aktiviti yang sedang dirancang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima sumbangan peribadi sebanyak RM50,000 daripada Exco PPS Kho Ik Teck di ibu pejabat Pengakap Sarawak di sini, semalam.

Justeru, Mawan menyifatka­n derma peribadi Kho, 79, yang merupakan pesuruhjay­a pengakap daerah Kuching sebagai sesuatu yang sangat besar sekali gus meny- umbang kepada pergerakan pengakap di negeri ini.

“Saya amat berterima kasih kepada Kho. Dengan sumbangan ini, saya berharap para pemimpin pengakap kita akan berusaha menyuntik elemen perubahan dari segi bagaimana kita bergerak maju untuk memenuhi apa jua tujuan pergerakan pengakap di Sarawak,” katanya.

Turut hadir Setiausaha PPS Zasran Abdullah, Setiausaha Eksekutif PPS Said Bolhassan dan Penolong Pesuruhjay­a Pengakap Negeri (Publisiti) Valentine Tawie.

 ??  ?? SOKONGAN: Mawan menerima cek bernilai RM50,000 daripada Kho (kanan) sambil disaksikan (dari kiri) Said, Zasran dan Zainuddin.
SOKONGAN: Mawan menerima cek bernilai RM50,000 daripada Kho (kanan) sambil disaksikan (dari kiri) Said, Zasran dan Zainuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia