Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kaji amalan, perundanga­n strata Singapura

Kaji amalan, perundanga­n daftar dan keluar hak milik dan pengurusan pelbagai jenis pembanguna­n strata

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang mengkaji amalan dan perundanga­n Singapura dalam mendaftar dan mengeluark­an hak milik serta pengurusan pelbagai jenis pembanguna­n strata (bertingkat, tanah dan skim kegunaan campuran).

Selain itu, menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Kerajaan Sarawak juga belajar daripada Singapura pendekatan dalam menangani isu pertikaian dan tribunal dalam mengurus kehidupan komuniti serta pengurusan syarikat korporat, termasuk skim perumahan mampu milik atau awam.

“Kita mahu lebih memahami isu berkaitan seperti pembinaan atau pembanguna­n berfasa, fleksibili dalam membenarka­n perubahan reka bentuk atau pindaan pelan pembanguna­n dalam skim strata yang diluluskan, unit kongsi dan peruntukan nilai kongsi, perolehan hartanah

Kita mahu lebih memahami isu berkaitan seperti pembinaan atau pembanguna­n berfasa, fleksibili dalam membenarka­n perubahan reka bentuk atau pindaan pelan pembanguna­n dalam skim strata yang diluluskan, unit kongsi dan peruntukan nilai kongsi, perolehan hartanah strata, penamatan skim strata dan sebagainya. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

strata, penamatan skim strata dan sebagainya.

“Pada masa sama adalah untuk menanda aras draf ordinan kita dengan amalan terbaik di negara lain dan memastikan cadangan kita memadai dan praktikal,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Awang Tengah kini mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak mengadakan lawatan ke Singapura pada 6 hingga 8 Ogos ini, berikutan hasil positif daripada kajian penanda aras berhubung pengeluara­n hak milik strata ke atas bangunan di Hong Kong pada 19 hingga 22 Mac lalu.

Pada lawatan tersebut, delegasi Kerajaan Sarawak telah mengadakan pertemuan dengan wakil Lembaga Pembanguna­n dan Pembinaan, Lembaga Tanah Singapura dan Lembaga Pembanguna­n Semula Bandar di Singapura.

Awang Tengah dan delegasi turut diberi taklimat tentang pelbagai fungsi yang dijalankan oleh pihak berkuasa bandar raya Singapura berhubung bangunan yang dibina di bawah hak milik strata untuk dijual kepada orang ramai.

Menurut Awang Tengah, Ordinan Hak Milik Strata pertama di Sarawak dilaksanak­an pada 1974 dan seterusnya Ordinan Hak Milik Strata dikuatkuas­akan pada 1995.

Beliau juga berkata sehubungan kerumitan pembanguna­n dan peningkata­n permintaan, undang-undang sedia ada tidak memadai untuk menangani trend dan keperluan yang berubah.

Selain itu katanya, pengurusan strata di Sarawak tidak dilindungi sepenuhnya.

 ??  ?? BUAH TANGAN: Awang Tengah menyampaik­an cenderamat­a kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n dan Pembinaan Singapura Chin Chi Leong.
BUAH TANGAN: Awang Tengah menyampaik­an cenderamat­a kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n dan Pembinaan Singapura Chin Chi Leong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia